Wednesday 29 December 2010

4Perkara yg Lebih Baik

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

seseorang ada memberi aku kata-kata ini.

4 perkara yang Terlebih Baik. Nabi SAW bersabda, ada 4 perkara yang dipandang baik tetapi terlebih baik :
1. Sifat malu pada lelaki adalah baik, tetapi terbaik jika sifat tersebut terdapat pada wanita.
2. Keadilan adalah sifat yang baik pada setiap orang, tetapi sifat tersebut terlebih baik jika terdapat pada seorang pemimpin.
3. Taubat seorang yang sudah tua adalah baik, tetapi taubat seorang pemuda adalah terlebih baik.
4. Derma dari seorang jutawan adalah baik, tetapi terlebih baik jika derma adalah dari seorang yang fakir.
petikan: 1001 Feqh Nasihah.


sungguh, aku tersedar.
normal-lah untuk seorang perempuan 'terlebih' rasa malu. kami lebih banyak benda yang perlu dijaga berbanding lelaki. kan?

waAllahu a'lam.

p/s: sejak-sejak ni, kenapa kau muncul kena pada masanya? haih, malu... tenanglah hati.

Friday 3 December 2010

Matlamatmu dan matlamatku

Dengan nama Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

akhirnya aku mengerti. tidak pernah terlalu awal untuk menentukan jalan hidupmu.

menetapkan matlamat di awal perjalanan adalah satu rukun untuk sampai ke destinasi.
agar kau tak terumbang-ambing ketika musafirmu.

Nur Nadia Lukmanulhakim, Aizat Izzuddin Lukmanulhakim, baca pesanku ini.
tetapkan matlamat hidupmu sekarang. rancang cara untuk kau mencapainya. dan berpegang teguh kepadanya.

sekarang kalian telah mencapai usia mampu berfikir sewajarnya, gunakan semaksima mungkin kemampuan akalmu.

jangan hanya selepas habis sekolahmu, baru kalian rancang. ya, memang tidak pernah terlalu lewat untuk kembali ke pangkal jalan, andai kata tersalah langkah. tapi, jangan pernah rancang kegagalan dalam hidupmu.

jangan jadi seperti kakakmu ini. Kakngah baru sedar rupanya matlamat hidup Kakngah tidak jelas. maka perjalanan Kakngah agak lambat.

doakan Kakngah kalian menjadi orang yang tetap pendirian dan matlamatnya, serta tidak lupa tujuan hidupnya dan tempat kembalinya.

WaAllahu a'lam.

Wednesday 24 November 2010

TerimaKasihSemua

Bismillah arRahman arRaheem

"Birthdays? yes, in a general way;
For the most if not for the best of men:
You were born (I suppose) on a certain day:
So was I: or perhaps in the night: what then?"

- James Kenneth Stephen


aku gembira hari ini bukan sebab hari ini hari ulangtahun kelahiran aku (perghh, bahasa aku. macam tepianmuara..?).

yalah, mungkin sikit gembira aku hari ini sumbernya itu.

tapi majoriti faktornya aku gembira kerana ramai yang menjadikan hari ulangtahun kelahiran aku sebagai sebab untuk bertanya khabar dan bertukar-tukar berita dengan aku.

dalam masa sehari ini, aku berasa jarak antara kita sedikit merapat, kalaupun tidak banyak. :D haha, mungkin aku syok sendiri. takpelah, kalau kalian tak berasa begitu pun. ehhe.

dulu masa zaman sekolah menengah, pernah diuar-uarkan menyambut hari lahir ini haram, kerana menyerupai orang kafir yang berpartian besar-besaran pabila tiba hari lahir masing-masing.
bila ditanyakan kepada Ibu, Ibu menjawab, "ya, boleh jadi begitu. tapi, apa salahnya kalau kita meraikan seseorang sekali setahun, dan kita memilih hari lahir seseorang sebagai tarikh istimewanya?"

memang fitrah manusia berasa gembira pabila ada satu hari yang mana dia dilayan sedikit istimewa (sikit je pun) dari orang lain. masa inilah sesuai untuk meluahkan rasa sayang, yang mungkin tak terungkap pada masa lain. waktu inilah patut digunakan sebaik-baiknya untuk menyampaikan pesan berguna, yang boleh jadi susah untuk disampaikan pada waktu lain.

"if only u knew a fraction of how much God takes care of u in a single day, u would smile for eternity..
maybe u think today is special coz it seems like the world cares for u when every1 wishes u..
but the fact is everyday is special with Allah's love!" -kak nuha

"selamat hari lahir izzati....smoga bertambah keimanan kpd ALLAH." - abang fahmi, abang saudara.

"Salam,,happy Birthday,,Jaga diri,jaga hati,jaga iman..mati nanti insyallah lu kn senang." -chalok (?)

"Moga Allah permudahkan segala urusan awak, memberikan yg terbaik utk awak jgk.. moga ngan meningkatnye umur awak akan mendekatkn lg diri ngn penciptaMu.." -suhaylah shahrom, 1 of ma besties 4ever!

"
sanah helwah ya jamiilah. smg pertambahan umur seiring dgn pertambahan ilmu dan amal :)" -wawa aiman yg cumel..

"k2 selamat hari lahir.. semoga k2 berada dalam lindungan Allah dan mendapat rahmat Allah dan cintaNya.. semoga k2 jumpa tujuan hidup k2 dan menjumpai nilai dunia di sisi mukmin.
ya Allah, rahmatilah kakakku ini, semoga dia aka mengabdikan seluruh umurnya untuk islam. semoga dia menjumpai cintaMu dan menemukannya sebagai permata hidup.." -k3 @ nadia lukman, adikku yang bergelut dgn SPM skrg. bergaduh ke apa?

pesan-pesan begini mungkin nampak mudah dan sempoi, tapi masuk terus ke hati. bikin hati makin insaf seiring bertambah umur. sangat dihargai pemberi ucapan-ucapan ini. begitu juga yang lain-lain.. :D

nak tahu satu rahsia? sebelum ni ketika zaman kegelapan aku, (bukan kegelapan kulit, itu memang tak boleh diubah. kegelapan jiwa ye..) aku pernah menganggap aku ini tiada watak pun dalam kehidupan sesiapa. kalau aku melenyap pun, tiada siapa yang peduli (selain keluarga aku). alhamdulillah, kemurungan ni terurai sedikit di zaman sekolah menengah, lebih kurang ketika tingkatan dua.

terima kasih semua. kalian buat aku rasa aku ini rupanya seseorang dalam hidup kalian. mungkin kalian wish aku sebab ada reminder dari facebook, handset, atau mana-mana sumber. apa pun, ingatan korang untuk memberi sedikit kata-kata pada hari ini sangat aku hargai.

kesimpulan: tarbiyah jiwa mungkin sangat berkesan apabila seseorang berasa gembira, dan berasa istimewa.

sayang Ibu: 19 tahun lalu dia melahirkan aku dengan penuh susah payah. dan selama 19 tahun dia tanpa jemu membentuk aku menjadi manusia berguna.
sayang Ayah: selama 19 tahun dia menyara hidup aku, dengan duit yang sekian banyak habis, juga kasih sayang melimpah-ruah.
sayang Kaklong, Nadia, Aizat: 19 tahun aku membesar bersama kalian, selalu bersabar dengan kerenah aku bukan?
sayang saudara-mara sekalian: mungkin kita nampak awkward bila berjumpa, tapi makin lama kita boleh makin merapat kan?
sayang guru-guru semua: anda semua sejujurnya berjaya mendidik aku menjadi manusia.
sayang kawan, sahabat, teman, semuanya: aku betul-betul sayang kamu semua. tak tahu mahu ucap apa dah.


aku paling sayang Allah, kerana menemukan aku dengan kalian. syukur...

waAllahu a'lam.. :D

Thursday 18 November 2010

Wahai kawan...

Bismillah arRahman arRaheem

yeah. sekian lama tidak menjenguk blog. tarantula pun dah mari.

ingat mahu cari gambar tarantula hijau. lebih kuranglah ini.

macam-macam terjadi di sekeliling, dua tiga ketika baru-baru ini. bikin aku tak senang hati.

sekian banyak hati kawan-kawan yang terluka. dek perasaan yang tak menentu, dek masalah yang tak terselesai, dek persekitaran yang tak membantu. aku mahu membantu, tapi dengan daya dan pengalaman yang sangat terhad, mungkin lebih baik aku mendorong dari jauh saja.

wahai kawan, buatlah keputusan setelah berfikir semasak-masaknya. aku lihat kau terlalu mudah buat kesimpulan mengikut emosi, kerana kau masih kurang matang. aku pun sama, jadi marilah! kita sama-sama berubah. berubah menjadi lebih matang. gunakan akal berasaskan islam lebih banyak dari emosi sendiri. cuba memahami situasi orang lain berbanding hanya melihat keadaan diri sendiri.

aku dan kau sedih. selalu keadaan tidak menjadi seperti yang kita diharapkan. maka kuatlah! jangan biar sedih itu jadi sebab untuk kita buat sesuatu yang akan dikesali nanti.

buatlah apa yang betul-betul kau maksudkan. jangan kau kata kau benci sesuatu, tetapi kau berbuat macam kau suka ia. kau kata kau suka sesuatu, tetapi kau berbuat macam kau bermusuh dengan ia. janganlah begini, kau menipu dan menyakiti diri serta orang lain.

aku tak menulis semua ini melainkan aku tujukan untuk diriku (yang pertama dan sepatutnya), dan dirimu jua.

waAllahu a'lam.

nota bawahan:
1. aku tak mahu lari lagi.
2. post susah difahami, kan? hehe. minta maaf.
3. motivasi yang Islam beri melalui al-Quran sudah lebih dari cukup untuk memberi jawapan terhadap apa-apa masalah. rujuklah Kitab Teragung itu.

Wednesday 10 November 2010

I'll Make a Man Out of You

Let's get down to business, to defeat the Huns
Did they send me daughters, when I asked for sons?
You're the saddest bunch I ever met
But you can bet before we're through
Mister, I'll make a man out of you

Tranquil as a forest but on fire within
Once you find your center, you are sure to win
You're a spineless, pale, pathetic lot
And you haven't got a clue
Somehow I'll make a man out of you

I'm never gonna catch my breath
Say goodbye to those who knew me
Boy, was I a fool in school for cutting gym
This guy's got 'em scared to death
Hope he doesn't see right through me
Now I really wish that I knew how to swim

(Be a man)
We must be swift as the coursing river
(Be a man)
With all the force of a great typhoon
(Be a man)
With all the strength of a raging fire
Mysterious as the dark side of the moon

Time is racing toward us till the Huns arrive
Heed my every order and you might survive
You're unsuited for the rage of war
So pack up, go home you're through
How could I make a man out of you?

(Be a man)
We must be swift as the coursing river
(Be a man)
With all the force of a great typhoon
(Be a man)
With all the strength of a raging fire
Mysterious as the dark side of the moon
[ulang berapa kali korang nak]
...

lagu kegemaran dalam filem Mulan, menceritakan sifat pemuda sebenar.
semangat, berani, kental (?), pantas, gagah perkasa.
marilah, kita semua pun pemuda juga. rugi sungguh kalau tak guna kepemudaan kita.

p/s: pemuda di sini bermaksud untuk kedua-dua jantina.

Wednesday 3 November 2010

MaafkanDirikuTeman

Bismillah arRahman arRaheem

kalau kau tak sibukkan diri dengan hal-hal besar, maka kau akan dirumitkan dengan hal-hal kecil.

...

hendak menyampaikan sesuatu yang baik biar berhikmah.

buah yang elok, manis tapi dihidang dalam pinggan yang kotor, sumbing, hampir semua orang tidak mahu terima.

tegurlah dengan ingatan bahawa kita sayang dirinya tapi yang kita benci ialah perbuatannya, insyaAllah mudah sampai ke hati.

...

seramai-ramai manusia, kalian tetap teristimewa.

lain musibah ditimpa bagi satu-satu manusia. bangkitlah selesaikan, jangan lari daripada ujian itu. jangan putus harapan, yakinlah kepada Kekasihmu yang tidak akan membebankanmu dengan sesuatu yang tak tertanggung olehmu.

maaf teman, aku tidak banyak membantu. masih banyak yang aku tidak faham dengan dunia. baru setahun dua aku buka mata hati terhadap realiti hidup sebenar.

tapi, cinta aku terhadap kalian tidak pernah palsu. ya, aku jarang zahirkan. maafkan lagi. aku masih belajar menjadi teman setia dunia akhirat. setakat ini aku hanya mampu menyayangi kamu semua dari jauh, mengingati dalam doa.

banyak yang aku masih perlu belajar rupanya. untuk jadi sahabat sejati seperti kalian.
sungguh aku sayang kalian sepenuh hati. moga kamu semua kuat menghadapi dugaan hidup yang sangat mencabar kesabaran dan keimanan.

nota bawah: semua ini adalah apa yang aku belajar minggu ini, selain kurikulum jami3ah.
waAllahu a'lam.

Saturday 23 October 2010

Liku-liku by Brothers

penuh liku
jalan kulalui penuh tipu
kaburi pandanganku jadi lesu
pulangku kembali kepadaMu
biarpun payah kan kugagahi langkah
dan berserah pada cahaya
rinduku padaMu

lautan darah kuharunginya penuh derita
kuhanya manusia biasa
punyai rasa dan punya harga
biarpun payah kan kugagahi langkah
dan berserah pada cahaya
rinduku padaMu

bersama duka kan hadir suka
dan pada derita ada penawarnya
di dalam lena mungkinku terlupa
bila terjaga kurindu padaMu

sejernih embun pagi
cita tersemat di hati
ku tak lagi mencari
yang hampir hanya ilusi

bila cahayanya sebati
budaya pun mewangi
kau tak lagi ternanti dan hidup dalam sepi

rinduku padaMu

bersama duka kan hadir suka
pada derita ada penawarnya
di dalam lena mungkinku terlupa
bila terjaga kurindu padaMu

sejernih embun pagi
cita tersemat di hati
ku tak lagi mencari
yang hampir hanya ilusi

bila cahayanya sebati
budaya pun mewangi
kau tak lagi ternanti dan hidup dalam sepi

penuh liku
jalan kulalui penuh tipu
kaburi pandanganku jadi lesu
pulangku kembali kepadaMu, biarpun payah...

p/s: nasyid kesukaan sekian lama. lirik mungkin sukar difahami, tapi amat kena dengan hati~ haih, masa lalu~

Tuesday 19 October 2010

-tak-tahu-hendak-tajukkan-apa-

Bismillah arRahman arRaheem

petikan dari tafseer Fi Zilal, surah Al-Ma'un.

"Hakikat mempercayai agama bukannya kata-kata yang dituturkan lisan, tetapi ialah suatu perubahan dalam hati yang mendorong seseorang berbuat kebaikan kepada saudara sesama manusia yang memerlukan pemeliharaan dan naungan. Allah tidak menghendaki kata-kata dari manusia, tetapi Allah mahukan tindakan-tindakan yang mengotakan kata-kata mereka. tanpa tindakan, kata-kata itu kosong sahaja, tidak mempunyai sebarang nilai di sisi Allah."

senang katanya, tak guna kalau selalu berkata 'aku nak berubah, aku mahu berubah', tapi tak buat apa-apa untuk menunjukkan kita bersungguh untuk berubah. sekadar omong kosong (ceh! aku guna 'omong'!).

niat kena kuat, amal biar sikit dan berterusan. memang susah nak berubah ke arah kebaikan, tapi tentu sahaja orang-orang yang kita nampak alim, thiqah, berakhlak mulia ini, lebih besar cabaran mereka untuk sentiasa istiqamah dalam perbuatan mereka. sangat tabik laju-laju mereka-mereka ini.

iman manusia hakikatnya bertambah dan berkurang.
aku sedang mengumpul momentum sekarang.

Allahu a'lam.

Saturday 16 October 2010

LvsP

Bismillah arRahman arRaheem

[macam mengundang kontroversi post ini. oleh itu, kalau pada pandangan kedua aku ia lebih banyak mendatangkan mudarat, akan kupadam karangan ini.]

selama ini aku suka berfikir, fikiranku sepertimana lelaki berfikir. bagiku lelaki ini hebat. akalnya 9 daripada 10 bahagian. cara berfikir mereka unik. maka aku suka untuk cuba berfikir sebagaimana mereka. malah lagakku (ketika di luar) cuba tidak menunjukkan unsur kesenian seorang perempuan. dan aku berbangga begitu. dahulu.

belakangan ini, baru aku sedar, dalam aku cuba berfikir seperti seorang lelaki, masih berminda wanita aku ini. masih tidak dapat berfikiran luas seperti mereka. masih lain perspektif pandangan aku dari mereka. maka keadaan aku bagai seorang yang sedang nyenyak kemudian ditarik bantalnya.

aku terima kenyataan kini.
lelaki memang gah, perempuan memang lemah. dan aku seorang perempuan.

namun, segagah-gagah mereka, perempuan juga yang membuat mereka rapuh. selemah-lemah perempuan, lahir seorang lelaki dari rahimnya juga. ah, maka taraf dua bangsa ini masih sama!

jadi, lelaki, terimalah keadaan kami yang lemah ini. bersabarlah dengan kerenah kami yang entah apa-apa ini kerana itu kau dapat lebih bahagian akal daripada kami. dengan panduan Allah kepadamu, gunakan akalmu semaksimanya. unikmu jangan dipersia.

jadi, perempuan, bantulah sang lelaki dengan mengawal dirimu. jika kau salah guna kewanitaanmu, jatuhlah lelaki yang sepatutnya melindungimu. kau senjata bahaya dan juga pemilik kasih bahagia. Allah lebih mendengarkan hatimu kerana kapasiti cintamu lebih dari sang lelaki. sungguh kau istimewa, duhai perempuan.

dua jantina berbeza anatomi, lain fizikal tapi sama tujuan, sama Pencipta.
ya Tuhan, sungguh kau Maha Bijaksana. sempurnanya lelaki tapi sepi tanpa perempuan. kekurangan perempuan Kau cipta supaya dia bergantung pada lelaki.

tidak megah seorang lelaki tanpa perempuan di sisi.

Friday 15 October 2010

"belajar elok-elok. jangan jadi macam abang ni."

Bismillah arRahman arRaheem

aku tak tahulah apa yang tertulis kat muka aku masa zaman sekolah dulu.
tapi orang yang tak disangka-sangka bahkan tak dikenali selalu bagi nasihat kepadaku.

pernah sekali aku pergi ke pasar pagi membeli sayur (agaknya?), penjual sayur itu tiba-tiba bertanya,
"adik darjah berapa?"
"darjah enam."
"belajar rajin-rajin ye dik~ jangan main-main."
"terima kasih."
dialog di atas mungkin telah di-auta, tapi isi pentingnya ialah, belajarlah bersungguh-sungguh. yang buat aku rasa peliknya, aku tak kenal pun pakcik tu, dan sebaliknya. kenapa dia bagi nasihat begitu tiba-tiba ye?

kali kedua, semasa aku sekolah menengah. tak ingat tingkatan berapa, tapi antara tingkatan 3 atau 5. situasi: aku membeli ayam di Pasaraya Kampung Jawa (sudah tidak wujud sekarang). watak: pemotong ayam berusia 20-an.
"ayam ni potong biasa?"
"haah."
...
"sekolah menengah ke?"
"haah."
"tingkatan berapa?"
"3/5."
"oh, tahun ni periksa la."
...
sambil beri ayam yang siap dipotong,
"belajar elok-elok ye dik. jangan jadi macam abang ni."
"insyaAllah. time kasih." aku berlalu sambil berfikir.

dan aku ingat masih ada beberapa insiden lebih kurang begitu.

ya, aku faham apa yang mereka cuba sampaikan. belajar sungguh-sungguh, jangan menyesal kemudian. pabila aku mula faham tarbiyah islami, aku nampak insiden ini sebagai wasilah untuk Allah memberi nasihat kepadaku. memang Allah beri mereka ilham untuk memberi ingatan bermakna itu kepadaku. aku tak tahulah orang lain pun punya kejadian yang sama atau tidak.

tapi sebagai manusia, aku masih berfikir. apa yang mereka nampak pada aku sehingga mereka memberi nasihat sebegitu?

waAllahu a'lam.

Saturday 9 October 2010

Allah!

im tired of being so timid.
being caged in this small space i create myself.

only me, myself can free meself.
but then, my strength is fading.
ugh, really pissed off.

Allah please help me!
help me revive the strength that You give me once before!
im nothing without Your attention, ya Illahi!


gambar ehsan http://khairatul-huwaina.blogspot.com/.

Monday 4 October 2010

kebodohanAku

Bismillah arRahman arRaheem

hari yang menarik. macam-macam yang aku sedar.

dun judge da book by its cover
maka aku dah memahami kata-kata sape entah ini.
walaupun mukanya nampak annoying, tak semestinya dia begitu. Nana memang terbaik, aku sangat suka jiwanya yang lain-dari-yang-lain itu.

selama ini aku fikir aku dengan Nana takkan boleh ngam baik. salah sama banyak kali. respek dengan keterbukaan Nana.

ya, aku tahu Nana Hot yang Manis itu tak baca pun blog aku yang boring ni. tapi aku nak declare jugak. aku suka lah kau Nana. haha.

...........

pertama kali aku berguling-guling di hallway ruang tamu. menggelakkan diri sendiri.

ceritanya begini. petang tadi, sedang-sedang aku bersama CoumpQ, ada notis di kanan bawah skrin memberitahu Lukmanulhakim bin Ahmad sedang online. kerana rindu yang amat, aku
pun mula skype-ing dengannya.

microfon CoumpQ tiba-tiba takleh guna. maka aku meminta earphone dari iza (mungkin nama sebenar). tapi, tak kedengaran suara Ayah.

"Ayah, kakngah tak dengar suara ayah?!" tapi Ayah dengar suara aku. apa masalah? aku pun mula cari-cari punca masalah. aku agak yakin ade masalah dengan soundcard atau softwarenya, sebelum ni pun pernah ada masalah sama.

setup balik. install semula. configure apa-apa yang patut. haih, tiba-tiba CoumpQ berkata, "IDT audio controller cannot be installed because the hardware does not match (?)." lebih kurang la. hah? apahal pulak? selama ni mashil hal je?

mula pening. berkali-kali fikir, apa masalahnya? masalah mula bila aku sambungkan earphone yang aku bagi pinjam iza sebelum ni. aik, device gitu leh kena virus ke? aku try guna speaker CoumpQ sendiri, pun tak keluar bunyi. apakah?

batal skype dengan Ayah. cube cari punca problem. CoumpQ punya Device Manager kata "all device are working properly.". ceit, apa kes ni?

dua jam cari penyelesaian. buntu semua. grrr, geram sungguh. aku fikir, pekak dan bisu CoumpQ lepas ni, kalau terus camni. berkali-kali install semula, dekat lebih 10 kali aku restart CoumpQ. sama jugak. ah, apa dah jadi ni???!!!

sangat bengang. shut down-kan CoumpQ, dan aku pun tidur. hampeh sungguh. rasa tak nak on dah CoumpQ. tak sanggup tengok dia dalam keadaan pekak dan bisu begitu. sedih dan kecewa. sebab tak tahu pucuk pangkal masalah dia. walaupun aku pelajar perubatan, tak tahu nak rawat dia macam mana, sebab kami lain spesies. haih~

malam ni, aku tekad on balik. tak tahan rindu pada CoumpQ membuak-buak. harap-harap setelah dia berehat lama sikit, eloklah dia.

eh, bersuara balik dia! ajaib sungguh! bersyukur aku dia kembali seperti asal, suara dia keluar dengan lancar dari speakernya sendiri. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dirinya ok.

ok, masa untuk try guna headphone. ok, kuar bunyi.
try guna earphone bertuah tu pulak. eh, takde bunyi. sah, earphone tu masalah. tapi iza guna ok pulak? huh, memang earphone ni dah berpaling tadah dari aku. dah tak kenal tuan sendiri. nak mengendeng dengan iza jela tu. tahulah aku ni kurang comel sikit dari iza. hah, nak sangat bertuankan iza tu, pergilah pada dia. aku tak kesah.

"iza, nah. kite dah taknak la earphone ni. dekat komputer kite takleh pakai pulak. iza pakai ok je kan? amiklah." tolong abaikan 'kite' tersebut.
muka iza kepelikan. maka dia try kat lappynya. eh, dekat lappynya pun takde bunyi. iza pun mula memutar volume adjuster earphone tersebut. kami berpandangan 2 saat, sebelum aku berguling-guling.

dah, aku taknak tarik balik kata-kata aku. maka earphone itu jadi milik iza sekarang.

headphone terkini aku. mahu namakan Jeez.
bekas earphone 'bertuah' aku. tak mahu bagi nama. biar iza yg bagi.
CoumpQ kesayangan. kau tahu aku sayang kamu kan?

pengajaran: tanpa ilham dari Allah, betapa bodohnya aku, dan sesiapa sahaja. tak kisahla dia deanlist ke tak.

WaAllahu a'lam.

Thursday 23 September 2010

khas untuk Rimau dan Tiger

Bismillah arRahman arRaheem

malam ni aku dah nak balik jordan dah. Rimau*, Tiger*, tak mau ucap selamat ke kat aku?

sumer kawan-kawan batch korang memang dah tak kenal aku. abang korang, Neotwo* pun sama. mentang-mentang masa korang lahir aku takde. nasib baik Aizat cerita. korang anak Vanilla* rupenya. tapi tak sama pulak muka ngan mak korang. dapat gen ayah koranglah tu.

tak tahulah korang sempat tak jumpa Neo*, abang Vanilla? sekarang dah hilangkan diri dia. merajuk dia agaknya, sebab kene halau bapaknya Oren*, tak balik-balik dah sini. aku tak sempat nak tengok Neo (nama ICnya Neopolitan) dewasa. comel dia kecik-kecik dulu. yang peliknya, Neotwo dapat pulak muka pakciknya tu. lagi hensem pulak tu. nasib baik tak besar lagi. nanti mesti ramai nak ngurat dia. muka jambulah katakan.

nenek korang setia duduk sini, Ked* tu. Ked dengan abang dia, sapa ke namanye, Pert* (sebutnya macam 'bird'), dulu membesar sama aku. camne korang nampak Ked sekarang, gitulah dia dulu. garang semacam. tak pernah nak bermesra dengan orang lain. muka stone gitu je. tapi makan pelahap. Pert pun same. tapi dah besar sikit, berhijrah dia. cari rezeki tempat lain. merantau. laki, begitulah. Pert ngan Ked masa kecik-kecik muka sama sungguh, susah nak beza. nasib baik jantina lain-lain. tahu jugaklah nak bezakan.

kenal tak korang ngan moyang korang? nama dia Stripe*. Ked sebijik serupa Stripe, cuma warna lain sikit. dulu Stripe tinggal dengan adik-beradik dia kat sini. kakak sulung, Mix*. garang. Ked belajar dari Mix ni la kut. mata tajam. kakak kedua, Choc*. cantik dia ni. jadi rebutan. baik pun baik, lemah-lembut je. manja-manja sket. memang cair la tgk dia. tapi bila dia dah makin tua, mulut dia jadi sumbing. tak tahulah kenapa. sian. anak-anak takde, semua pindah tempat lain. tak balik pun jenguk Choc. tak tahulah macam mana Choc sekarang... Stripe tu bongsu. manja. tapi kedekut. tamak sket. nak dia je lebih bile bab makan. nyampah.

huh, panjang aku cerita, korang mesti tak kenal pun. takpelah.. berapa generasi dah korang ni pun. aku ni pemerhati jarak dekat je.

oh, bile tengok balik, bulu-bulu korang yang kembang ni dapat gene Choc ke? jauh tu kaitannya, moyang sedara. ke sebenarnya korang cucu Choc, bukan Stripe? entah, rumit jugak salasilah korang nii.

dah la. tahun depan aku balik, entah korang masih di sini atau tak. maka aku buat post ini khas untuk korang. bye bye, Rimau+Tiger!

arah jam dari atas: Neotwo, Rimau, Tiger.

Vanilla. si Ibu mithali.

nape tunjuk b*nt*t, Rimau? mentang-mentang tak baligh lagi..

nota tambah bawah: nama bertanda * ialah nama kucing.

Wednesday 22 September 2010

Berbungkus-bungkusan

Bismillah arRahman arRaheem

dah nak kene balik Irbid esok.
perkataan 'kene' tu perlu disebut, sebab tak berapa nak rela.

hua~

dalam aku tak semangat nak balik, maka aku tak berapa nak kesah bungkus-bungkus (packing) barang.

maka kedua, Ibu ngan Ayah yg kemaskan barang aku. susun-susunkan. padat-padatkan. seletep-seletepkan. aku jadi watak sampingan je. sayang mereka sungguh pada aku.

sayang mereka bukan maknanya tak bagi aku balik dah jordan. sayang mereka, suruh aku habiskan belajar dengan kadar paling cepat (insyaAllah 5 tahun lagi) dengan cemerlang.

heee, AKU PUN SAYANG MEREKA SANGAT-SANGAT.

maka ketiga, aku pun mengedik-gedik ngan Ibu dua tiga hari ni. nak makan Mamee Slrrpp! cawan, keropok lekor, kerepek pisang, Roller Coaster rasa keju, nak minum Vitagen, air gas warna hijau... apa lagi entah? sampai aku pun tak ingat. yang aku tak sangka sungguh, iye-iye Ibu melayan aku. ada sekali tu aku teragak-agak nak makan kat satu tempat ni (sebab agak mahal), Ibu kata "nak makan jomlah, karang kat sana teringin~". oh, itu sebabnye rupanya. Ibu dah membayangkan betapa aku teringin makanan-makanan ini nanti. maka keempat, aku pun tak makan kat tempat tu. haha. berjaya aku memujuk Ibu jangan melayan gedik berlebih-lebihan aku ni.

haih, seteruk-teruk malaysia ni, aku sangat hargai makanannya yang melimpah-ruah. malah, aku lagi hargai kasih sayang Ibu dan Ayah yang semacam tak bertepi. walaupun tentulah tak terbanding dengan sayangnya Dia dan rasulNya pada aku (aku bukan perasan seorang. anda semua pun disayangi Dia dan rasulNya juga). tapi ni'mat yang satu ini amat berharga..

sekali lagi. KAKNGAH SANGAT SAYANG IBU DAN AYAH. MUNGKIN TAK NAMPAK DI MATA, TAPI WUJUD DI HATI INI.

tapi tak gunalah kalau ada dalam hati saja, tak diluahkan kerana sifat manusia tak tahu apa dalam hati.

maka kelima, AKU BERJANJI UNTUK BUAT LEBIH BAIK UNTUK TAHUN DUA INI. LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN SATU YANG ENTAH APA-APA.
aku jarang berjanji. sebab takut tak tertunai. maka keenam, bila aku berjanji begini, aku perlu laksanakan.

maka ketujuh, BANTULAH AKU, anda-anda yang di sekeliling aku. aku lemah tanpa korang, sejujurnya.

SAYANG ANDA JUGA. BERSAMA KE SYURGA, INSYAALLAH.

Allahu a'lam.

Sunday 5 September 2010

KakNgah sayang Nadia.

Bismillah arRahman arRaheem

sekarang, Ayah tugaskan aku jadi mentor adik-yg-nk-SPM, KakLang aka Nadia. Matematik Tambahan ngan Physics die tak bape nak terbaik.

strategi belajarnya tak berapa efisien. maka, tadi kami luahkan perkara yg kami nampak xsepatutnye die buat tapi masih die buat dalam masa kurang dua bulan lagi nak menghadapi SPM.

keluarga kami bila memberi nasihat, memang tak ade belas kasihan. semua beri komen jujur dan perkataan yg digunakan jenis yg terus sampai ke hati, positif dan negatif. tapi tadi kbyknnya negatif untuk dia.

ya, nampak macam tak membantu pun. mungkin sedikit terasa dengan komen kami, dia tidur awal malam ni. merajuk kut, tapi sebab perbuatan merajuk diharamkan dalam keluarga kami, dia tidur dulu. memang itu cara terbaik untuk hilangkan kebengangan dalam hati setelah diberi pesanan/leteran panjang tadi.

aku faham reaksi dia. aku pun begitu dulu.

biarlah. bila dia matang sikit nanti, dia akan faham kenapa waktu remaja selalu diselangi leteran, bebelan, pesanan Ibu dan Ayah. yang selalunya tak menyebelahi pemikiran remaja kita.

biarlah. aku pun begitu dulu. lama-lama fahamlah dia. aku mula faham sekarang.

"Ya Allah, mudahkanlah urusan kami. dan janganlah Kau sukarkan kerja kami. dengan rahmatMu ya Allah, Tuhan sekalian alam."

KakNgah sayang Nadia, Nadia tahu kan?

WaAllahu a'lam.

Monday 30 August 2010

Alhamdulillah

Bismillah arRahman arRaheem

Alhamdulillah rabbiL 'Alameen. selamat sampai di Malaysia. walau hujan dinar di jordan itu, memang lebih baik hujan lebat negara sendiri.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

sampai juga aku ke rumah.

semasa kami (bersama 23 akhawat lain) terkapai-kapai di sebatang jalan di luar bandar Amman mencari kenderaan lain hendak ke lapangan terbang Queen Alia, sudah hampir hilang harapan kami untuk pulang.

sungguh. tak terbayang akan jadi begitu pada hari itu.
 sebaik-baik kami bertolak pukul 8.30pagi, dalam masa setengah jam selepas itu, tayar meletup. nasib baik bas tak terbabas. bas terkedek-kedek jalan. akhirnya berhenti di sebuah bengkel tepi jalan di mana entah. tayar cuba dibaiki tapi tak dapat. tak tahu ape masalah.  kata mereka, tayar tak dapat dicabut. sejam berlalu begitu sahaja.

semasa penungguan selama sejam itu, aku berdoa moga urusan kami dipermudahkan Dia. hanya Dia yang kami ada, tinggal Dia tempat kami bergantung harap. semasa doa terbayang muka Ibu dan Ayah menunggu kepulangan anak mereka dengan penuh harapan. semasa membayangkan itulah, mata mula berair (akulah yang pertama, aku mengaku).

memandangkan masalah bas tak dapat diselesai, kami hubungi coaster. dapat sampai dalam waktu sepatutnya. tapi Pakcik pemandu bas tak membenarkan kami bertukar bas. sanggup dia tutup terus tempat simpanan barang, bayar mekanik dan terus memaksa kami teruskan perjalanan, dengan basnya yang kurang setayar.

tapi tak bertahan lama. pakcik bas surrender lepas 5 minit. perjalanan tak dapat diteruskan. berhenti tepi jalan. pakcik bas menelefon bas lain, tapi tiada yang sampai. masing2 mula resah. maka makin ramai yang tumpah air matanya. dan hilang keseimbangan (kepada yang berkenaan, jgn marah ye. peristiwa ini penting untuk diimbas semula)..

akhirnya kami menahan teksi. masa itu, kami hanya berfikir, siapa yang sempat kejar penerbangan pukul 12 itu, sempatlah. masing-masing mula pasrah tapi tidak berputus asa. alhamdulillah, semua dapat sampai ke lapangan terbang.

seperti dijangka, kami terlepas penerbangan Kuwait Airways Amman ke Kuwait. tapi waktu itu, kami sudah tiada masa untuk meraung atau bergaduh dengan pakcik sekuriti di luar kaunter check-in. terus mencari tiket lain untuk mengejar penerbangan KA dari Kuwait ke Kuala Lumpur. alhamdulillah, dapat tiket Jazeera Airways, setelah hampir dua jam menahan sabar berurusan dengan staf airport yang kurang membantu.

kependekan cerita, sampai kami ke Kuwait lebih kurang jam 5.30ptg. maka terjaminlah waktu kami sampai ke Malaysia masih sama dengan perancangan seawal bulan Januari dulu. teringat kata-kata Q bukan nama sebenar semasa memujuk aku, "we'd planned this since half a year ago! we will return to our home". alhamdulillah, her words became true, tapi dengan penuh kepayahan. haha.

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

sangat penting untuk tajdidkan niat sebelum melakukan apa-apa. i think that's the true, main plan of His for all this to happen. we learned it in a very hard way.

WaAllahu a'lam.

Friday 27 August 2010

sedih..dah habis Tahun Satu aku.

Bismillah arRahman arRaheem

hari ni abes peperiksaan, semuanya. siap tekan Proceed lepas jawab final exam Visual Basic VBCS116, maka tamatlah summer semester 1st year di JUST. juga bermakna tamatlah jawatan aku sbg pelajar Tahun Satu bidang Perubatan dan Surgeri. sebulan lagi insyaAllah aku naik pangkat, jadi pelajar Tahun Dua pula.

tapi aku  tak rasa seronok pun. suka sangat tengok muka kawan2 lain, bersinar2 mata, gembira dah habis belajar setahun kat sini. senyum sampai ke telinga F, N, dengan Q (bukan nama sebenar) sementara nak sampai rumah, membayangkan esok dah boleh bertolak ke matar nak balik Malaysia. tapi aku rasa perasaan aku lebih sedih dari gembira. kenapa?

banyak perasaan bercampur-baur.

penat, soalan yg aku dapat rata2nya panjang membelit.

gembira, dah habis belajar setahun.

seronok, esok dah bertolak nak balik Malaysia.

takut, bulan depan dah makin banyak tanggungjawab aku. belajar subjek yang makin susah.

menyesal, rasa belajar tahun ni sangat main2, tak fokus dengan kadar sepatutnya. ada target masa awal belajar dulu, xpasti dapat capai ke tidak.

risau, balik malaysia ni, Ibu dengan Ayah gembira tak dengan aku yang begini? berubahkah aku? berubah tak aku? aku ni sebenarnya layak ke nak naik tahun dua, dengan keadaan diri masih main2 lagi? sedia ke tak nak bahagi masa betul2 dengan kerja2 yang pasti bertambah?

sedih, dah setahun "alam pelajar universiti" aku berlalu. apa yang aku dapat?

T^T hidup tak akan statik. hidup yang ini bukan zon selesa manusia. hidup yang ini masa untuk "bercucuk tanam", masa untuk "bekerja". oh, sedarlah diriku.

"Allahumma Rabbi yassir wa la tu'assir Rabbi taam bikher birahmatika ya Arhama Rahimeen.."

WaAllahu a'lam.

Tuesday 24 August 2010

Berubah..kah?

Bismillah arRahman arRaheem

mulanya dah cuak Urdun nak ban-kan blogspot sebila-bilanya, rupenye cume seminggu dua.
Alhamdulillah. masih ada tempat nak ngadu rasa yg xkesampaian diluah secara vokal.

cuaca summer pening. tiga empat hari panas sungguh, dua tiga hari sayup2 angin nyaman. CoumP-Q si Lappy pun asek demam je seminggu ni (menurut ahli rumah sekalian, akulah yg salah). sian ia. dah mcm xde harapan nk kesembuhan. tgkla balik Malaysia Tercinta apakah nasibnya. masih sayang ia ini tapinye.. bru setahun lebih bermanja2..

____________________________________________________________________________

ada perasaan tidak percaya sekarang. xpercaya dah setahun aku duduk di Urdun tanah Barakah ini. dah setahun aku menghadapi pelbagai kerenah masyarakat Arab Urdun. dah macam2 pengalaman aku dapat. macam2 ilmu pengetahuan am/khusus aku belajar.

maka timbullah persoalan: ada perubahankah padaku? jika ada, berubah dari sudut mana? perangai/behaviour-kah, sikap/attitude-kah, atau cara berfikir/way of thinking-kah? berubahnya ia ke arah mana? lebih baik atau lebih buruk (agaknye adakah pilihan lain??)?

kalau jawapan utk soalan tadi bukan "ada", yakni boleh jadi "tiada", "macam xde", "macam ada tp xdapat dikenal pasti", timbul pula soalan kedua. maknanya tidak berubahlah aku?
1- setelah sekian lama (setahun bukan tempoh yg sekejap setahu aku) duduk di negara orang yang xsama iklimnya dgn tanah air;
2- mengurus masa sendiri (exam final ada dua tajuk besar lagi yg belum selesai tapi boleh plak habiskan dua episod variety-show);
3- selesai hal sendiri ( pencarian rumah idaman hati+ngurus hal2 sewa, air+keperitan mndptkn jaringan internet *xdpt dihurai lebih pnjg krn bimbang mngungkit kenangan pitch-black sstgh pihak berkenaan);
4- berusaha tempat dalam kelompok di sini (persoalan diri "aku mahu jadi orang yg bagaimana?" masih belum terjawab);
 dalam tempoh setahun aku berhadapan dgn semua ini, tak berubah aku?

wah, ini ajaib. melawan arus. because "CHANGE IS NATURE" (quote drpd filem Ratatoullie, dialog Remy kpd ayahnya).
kalau xde perubahan dalam diri setelah satu tempoh kehidupan, mcm hidup yg sgt statik. kalau statik, bukan hidup pun namanya, in the first place. hidup itu asasnya pergerakan, perubahan.

kelakarnya kalau sudah hampir setahun hidup di perantauan, tiada perubahan utk dibuktikan pada keluarga bila masanya pulang nnti.
makanya, pesanku pada diriku dan semua, pastikan kita berubah. jangan biarkan hidupku dan hidupmu statik. bukan normal itu.
dan, berubah hanya ke arah kebaikan. tidak berubah dan berubah ke arah anti-kebaikan (xpasti antonim setepatnya), dua perkara yang natijahnya sama. kemusnahan diri sendiri (bombastik sungguh!!).

WaAllahu a'lam.

p/s: menjadi skema setelah tamat exam BIOCHEM. insyaAllah mode ini tidak berkekalan.

Tuesday 10 August 2010

saya budak baru blaja~

Bismillah arRahman arRaheem

Target Ramadhan taun ni...

1. solat fardhu awal waktu, khusyu'.
2. solat dhuha & tarawih setiap hari (dgn khusyu', w/o ngantuk.. hua~ leh ke? insyaAllah).
3. baca mathurat & quran>=5ms evryday. (ye, nmpk sket kan? kerna saya budak baru blaja~)
4. xbazir masa ngan mende2 xpatut.
5. istiqamah (ni yg paling susah!).

sepatutnye hal2 ibadah jgn cerita kat org. nnti senang timbul riya'. tapi saya postkan dengan niat sebagai cabaran kepada diri sendiri. dah gebang2 kat blog yg de 8 followers (haha, ironinye), kalo xbuat jugak, sendiri mang xmalu ah~ dan saya tau, ramai je yg amal ibadah peribadinya lagi banyak dari ape yg saya "canang"kan kt sini, jadi xjadi keriyakan kpd saya pun, insyaAllah..

nampak simple bagi sesetengah org. tapi bagi saya ini dah cukup mencabar. sbb saya budak baru blaja! belajar mnjadi hamba Allah yg sebenar. masalah paling besar (sebenarnya) dalam diri ini: istiqamah deficiency (kalaulah istiqamah ade dijual sebagai jus herba atau tablet vitamin tambahan..). besar harapan supaya ramadhan special edition ini dapat menambah amalan-paling-disukai-Allah ni dalam jiwa..

moga2 menjalani ramadhan selama 2 mggu lebih di tanah barakah ini menjadikan diri yang serba lemah ini lebih baik dari sebelumnya..
bantulah saya dalam apa2 yg dirasakan perlu.
saya budak baru belajar~

(post versi skema sedikit. mohon maaf atas kemuntahan bahasa. Salam Ramadhan Kareem~)

Saturday 31 July 2010

NoMiracleInLife vs LifesAMiracle

Bismillah arRahman arRaheem

Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala aali Muhammad, kama sollayta 'ala Ibrahim wa'ala aali Ibrahim..

wa bareek aala Muhammad wa'ala aali Muhammad, kama barakta 'ala Ibrahim wa'ala aali Ibrahim..

1. there is no miracle in life.

2. all things happened in life are miracles.

these two statements simply show us that this life, we may view it (i.e. life) from much (uncountable) ways/perspectives. its merely our choice.

which statement do you believe?

i choose the latter. simple reason: it is much more fun to think that way. besides, we can also add some relevant words as we are muslims, "all things happened in life are miracles planned by our Beloved, The One God". doesn't that soothes our heart when our soft, brittle, not so metallic hearts being hurt, or things just wont go as planned?

Allah is The Great Planner, The Knows-All.

but then, the hardest part is to apply a knowledge after learn it. takes quite some time for rusty heart like mine. need to do frequent clean-up.

credits to jdrama Kiina to make me realise these facts. benefit watching jdrama: at least a moral of story in every episode (if you mind to do a little thinking session).

WaAllahu a'lam.

Wednesday 28 July 2010

can i cry?

Assalamualaikum warahmarullah..

Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala aali Muhammad, kama sollayta 'ala Ibrahim wa'ala aali Ibrahim..

wa bareek aala Muhammad wa'ala aali Muhammad, kama barakta 'ala Ibrahim wa'ala aali Ibrahim..

kita disuruh kawal emosi. jangan buat keputusan ikut emosi. jangan emosi lebih2. biar rasional, jangan emosional. kalo gitu, apa gunenye ada emosi?

fitrah setiap manusia (dan makhluk2 len gak) untuk mempunyai emosi. emosi itu sifatnya rapuh. "brittle", ikut bahasa tok nenek korg. rapuhnya emosi tu, menyebabkan kalo kita emosi berlebih2an, senang utk entiti/makhluk len (aka musuh nyata kita sumer) menguasai diri. menguasai fikiran. tanpa fikiran, maka kita dah xda kawalan terhadap diri. bak kata tok nenek lagi, losing self-control. dat wat makes you not a normal human anymore.

then, nape Allah ciptakan emosi ni ntuk kita? nape Allah bolehkan kita ketawa? nape Allah jadikan air mata? kalo xleh kawal emosi, dah jadi manusia abnormal lak..

cuz without it, ur not a normal human too. with emotion, u create a new friendship. with emotion, u understand others. with emotion, u feel one of the greatest gift from Allah to the world, to you, the LOVE.

so, when the right time comes, just feel free to express urself. smile most of the time. cry sometimes. be happy always. but dont feel sad forever (humans optimum growing/working environment is when he/she feel relaxed, happy, satisfied). angry when u should be. love someone u think he/she deserves it.

but then remember, the most important point. Allah created us these wonderful feelings, so that we will always think of Him, who allows us to feel the emotion, whenever we feel happy, enjoy, sad, frustrated, pissed off, angry, confused, down.. He always with us all the time, no matter who you are!

p/s: post serabut. xde kronologi, xde cohesion+adhesion. sorry for any grammatical error. juz take the main point, ok? hee.

Monday 19 July 2010

Tawakkal

assalamualaikum warahmatullah...

kyaha, bersawwang dh blog ni. siyes xde mood nk update.

tp ngenangkn nk didik diri jadi istiqamah, ak balunlah.


kelmarin exam BioChemistry n programming language (aka Visual Basic). honestly, ak rasa usaha ak ntuk 2 kertas tu bernilai 2 hari je. sehari (oh x, 1malam kot. hee) ntuk VB, sehari ntuk BC (xaci ah VB je de kependekan nama).

tp rasa puas hati sgt. rase aku dah usaha sehabis baik. ak dh pecah rekod, korbankan satu malam ntuk study. selama zaman SPM dulu, ak xnah stay up ntuk study. not even once. kat sini ah pertama kali ak merasa pengalaman gini. menarik. tapi xnk wat lagi (kalo dpt..). xbaik ntuk tumbesaran otak. malam Allah cipta ntuk berehat (bagi manusia normallah~)..

then gi exam.. 1st kul 11.15am, subjek VB. jawab dlm masa stgh jam. rase cam sumer soklan ak leh jwb. insyaAllah ok markah ak ni, bisik hati.

tekan je butang Proceed, ak tersentak. aih, ni je?

nape td rase cam leh je jwb sumer?

rase cam xde banyak pun soklan keliru?

xde pun rase, hee, berserah jela.. dpt ats gini2 pun jadilah..

XDE PUN?


ak pun kuar dari Lab10H2 dgn kekonfiusan.. mane salah ak? soklan mane ak salah? dlm keadaan terkesima, aku gi masjid.. otw, ak sedar. ak tertinggal elemen paling penting dlm mnjwb pekse.

TAWAKKAL.

lupa ntuk rase berserah dgn ape yg dh ditentukanNya. lupe nk rasa kebergantungan pada kudratNya. lupe aku ni hambaNya yg xde pape upaya pun ntuk wat satu ape pun dlm dunia ni. Dia yg tentukan semuanya.

bila dh tiba ke masjid, rasa menyesal meluap2. mengenang balik pesan ibu, "papepun, biar kita sentiasa ada hubungan hati dgn Allah. Dialah yg paling senang ntuk kita berhubung. dgn bisik hati pun leh.."

ok. ive learned my mistake. next paper, i dun wan to do da same.

next BC paper, 2.00pm. 40minutes, 37 questions. if im not mistaken. finished in 37 minutes, i think. dah cube tawakkal sehabis mungkin. finally, click da somewhat-horrifying-unpredictable PROCEED button. with bismillah..

yg terpapar di skrin: Exam completed. You got -tuuuuuuuuuuuuuutttt- (this part has been skipped due to violation terms). Thank you for taking the exam.

tatap lame skrin tu. hum, not bad. ALHAMDULILLAH. this is wat da bez for me. though its not very much expected. im expecting higher marks, to be honest.


balik umah, cermin diri. actually, xrasa sedih sebab markah xcapai target. happy je, sbb berasa diri ni dah usaha terbaik, dan dh jawab exam ngan terbaik. dengan izin Allah, itulah markah terbaik.

tapi, terkilan ngan diri sendiri. tawakkal ialah salah satu elemen terpenting ntuk manusia meneruskan hidup. am desperately hoping dat my heart still alive, so that i can still modify it..


Friday 18 June 2010

NkBetulkanAzam

Bismillah arRahman arRaheem

Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad, kama sollaiTa 'ala Ibraheem wa'ala ali Ibraheem.
wa baarik 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad, kama baarakTa 'ala Ibraheem wa'ala ali Ibraheem.
fil 'alameena innaKa Hameedun Majeed.

baru tengok markah final sem 2 tadi. Alhamdulillah, Allah dh beri apa yg tebaik ntuk aku. walaupun xmencapai target, markah yg dpt ni cukuplah. markah Histo, Physio, OrgaChem beh kurang, beza 1 markah je Physio ngan Histo n OC. Anat agak jauh ke belakang. walaupun agak sedih, tp dh dpt dijangka. im not good in memorizing-based subject anyway.

tapi, masih rasa terkilan. bukan terkilan ngan result, terkilan ngan diri sendiri. rasenye diri ni boleh berusaha lebih baik lagi.

nk wat azam baru cuti sblm summer sem ni. nk betulkn attitude yg dh terseleweng sket.

dulu zaman sekolah, hari2 bukak buku. tapi bukan sukerela, terpaksa. ibu suh tiap2 hari pas balik sekolah, mandi+makan+solat, pastu trus study/wat kerja sekolah petang2 tu. malam pas maghrib, ulang kaji pulak. gitu la hari2 sekolah. xtertengok pun tv, except baru abes test/exam, or cuti sekolah.

tapi sebab study tu kire study terpaksa, xblaja ape pun. lebih kpd pura2 belajar. dpn bukak buku, blkg buku ade manga conan. xpun, wat mural tepi2 buku teks tu (byk gak page buku sejarah ak lukis). bile ibu lalu dpn bilik, pura2 selak buku. xsenonoh tul ak ni.

ayah pun main peranan gak. bile makan malam, ayah tnye "kakngah camne study? bile next exam? leh skor 100 peratus x?". target die xnah bawah 90%. masa tu hati bisik "ntah pape la ayah ni. dh sekolah menengah mane possible nk target markah tinggi2 cam sekolah rendah."

tapi, ngan usaha ibu ayah ni la, sekurang2nye aku bukak buku hari2, walaupun aku renung buku 15 minit je dlm tempoh study 2jam tu. aku bace jugak buku teks sejarah tu, walaupun tujuan sebenarnye sekadar nk dpt idea watak ape aku nk lukis kt ruang yg ade sebelah perenggan tu.

lepas aku dtg jordan ni, baru aku nampak kenapa ibu ngan ayah beria-ia suh aku belajar hari2, paling kurg 2 jam. nk ikutkn iklan kt RTM, pelajar sekolah menengah kena belajar 3 jam sehari, kn?!

sekarang baru perasan, aku dah dewasa. kena berdikari. fikir apa yg terbaik ntuk diri sendiri, buat keputusan sendiri. masa ni la nk praktikkan ape yg ibu ngan ayah dh latih aku selama 17 tahun aku hidup sblm ni.

really miss ibu ngan ayah T^T.

xpe, beh kurang 2 bulan je lagi..

Monday 7 June 2010

BadTemperism

Bismillah arRahman arRaheem

once, i had this so-very-much-terrible habit.
senang sangat nak naik angin.

masa tu sekolah rendah, sampai tingkatan 1. cepat je naik suara. tapi bukan dengan semua orang. ngan keluarga je. (masa tu bila sampai sekolah tetibe aku jadi hepi-go-lucky.)

"kakngah, tolong aizat wat matematik ni." aizat guna nada 're' rendah.
"soalan macam ni pun xreti nk jawab?" aku guna nada 're' se'octave' lebih tinggi.

"kakngah, mane buku nadia ha?"
"xde mata, xde tangan ke nk cari sendiri?"

emosi yg digunakan masa dialog tadi bukan perasaan nk begurau, taw. emosi masa tu menyampah, bengang. nk ikutkan, mende2 gitu xjadi kes pun nk wat marah.

nasib baik, memang pantang keluarga, xleh menjawab balik dengan orang lagi tua. kalo x, ibu, ayah, kaklong pun jadi mangsa. tapi still, pernah gak buat muka seposen bila ibu suh wat sumthing. tapi, biasanye ibu xlayan pun, then aku je yg syok sendiri, bad mood sengsorang.

masa tu xsedar lagi, marah kat mende2 kecik ni buang masa je. buang karan. masa tu ikut kepala sendiri je. fikir sendiri je yg leh 'pissed off'. orang len xleh.

last2 nye, satu hari ibu cakap, "mana belajar marah2 ni? ibu xnah ajar pun. adik tu mintak tolong sket je. nak marah pehalnye?"
tapi, masa tu xterasa pun. still hati xterbuka nk dengar teguran orang.
tetibe terbaca kat satu buku ni (xingat la buku mane, ayat nye camne pun xingt. juz isinye je yg pasti. ana asifeh...)

"tiada ssesiapa pun sebenarnye yang boleh buat sesiapa marah. kalau seseorang tu marah, maka dia yang pilih untuk marah."

baru sedar. betulla, kita sndiri yg pilih untuk marah. sbb marah tu perasaan. xde sape yg bule control xcept diri sendiri.

masalahnye, daya nk control marah tu, xkn ade kalau xdilatih.

sbb tu Rasulullah S.A.W. bersabda mafhumnye: org yg kuat ialah orang yg dapat mengawal marahnya.

xmustahil kawal sifat moody/berangin/marah ni. aku dh belatih. dan berjaya sket, alhamdulillah.
rupanye dlm dunia ni xbyk sbb pun utk marah. xyah ah marah/bad mood utk sbb kecik2.

bile terasa pissed off sket, try to look on da bright site. its not impossible. i'd done it n it works.

bukan xleh marah langsung. marah kena pada tempatnye. mende2 yg perlu n sepatutnye je. sumer dh besar n berakal kn?! leh fikir sndiri apa hal2 besar yg layak jadi isu marah.

alhamdulillah, aku dh kurg nk berangin2 ni. tapi, ramai pula kata aku ni emotionless. xsensitif. xde xpression. biarlah. drpd bad mood tetiba.

conclusion: jgnla jadi org yg byk angin. its not u the only one whos suffered. every1 around u too. memang xsenang sbb xbiasa. tp cubalah. InsyaAllah Allah bantu org2 yg ingin ke arah kebaikan.

and i dun believe people whos sayin' he/she cant do anything about his/her temper coz its his/her nature.

no.

dats not ur nature. dats ur habit.

i can change. why not u?

Friday 4 June 2010

ShaMe

Bismillah arRahman arRahim


i'm so not good in words, n people often misunderstand me..

i'm not good in actions either, dun really know what's good in me.

i'm just an average person, i wonder if people recognize me..

i'm not really a winner, but i'm definitely will not be a loser..

trying to become a better person day after day

but then

what i had done didnt resemble what i want to be
shame on myself.

Saturday 1 May 2010

Masa:Pendeknyahidup:TujuanHidup

Assalamualaikum… cube mencari masa dalam kesuntukan bukan mende senang eh.. terutama bile jadi dak medic ni, makin lama mang rasa masa makin xcukup.. exam setiap mggu-mknenye byk mase abes ngadap buku(cam xkena lak, hehe), aktiviti persatuan-ikut org gak, klas selain uni-klas quran, klas tafaquh(mcmla ak gi tiap2 mggu).. nk xnk kene pndai cari ruang masa yg biasanye terbuang..

nk ikutkn mcm xbyk pun mende yg kite wat sehari-hari nih.. eh, ayat xtepat la.. sebenarnye, nk ikutkn mcm xbyk MENDE PENTING yg kita wat sehari-hari nih.. maknenye byk masa abes kt mende yg xpenting ah?! Ntah, tnyela sndiri punye diri, saye ‘arifah hal saye je… kalo gitu, memang ah smpai bila2 masa xkn pernah cukup..

Hum, terfikir lak.. masa tuh kn makhluk Allah juga.. bagi saye la, agaknye masa akhir zaman ni makin cepat berjalan –atau belari- sbb dia xmahu org habiskn dia buat mende2 xberguna.. “hei, manusia ni makin lama makin xsedar diri, makin banyak lak mende lagha yg dibuat, diada-adakan.. gitu, xguna ah aku bagi diri aku yg berharga mcm emas ni kt diorg, bagi sikit2 sudah, biar sedar diri sket..” kalaula masa boleh berkate-kate, agaknye gitulah monolog dalamannye..


Abes ah kalau masa dah merajuk ngan kita.. pejam celik banyak kali, dh graduate dh.. pjm celik byk kali lg, dh kerja dh.. then kawin (or whichever first la, ikut individu ye).. xpasal2, dh beranak-pinak.. then, proses penuaan.. kalo gitu la hidup kita, ape signifikannye hidup ni? Xde mende extraordinary dlm hidup ni.. macam tu ke hidup kita? Kita semua ni sbnrnye manusia normal yg luar biase, tahu?! Kalau, kita semua bukan manusia normal, kita semua ni ‘biase2’ je.. mksd ‘biase2’, korg leh nmpak kalau keluar umah tu, yg terbang2 kt udara tu-yg tgh nguis2 tanah tu-yg tgh ragut rumput tu-yg tgh hurung smph tu-yg tgh hisap madu bunga tu- ha, tu lah yg ‘biase2’ je.. Kita ni, yg ‘biasa2’ begitukah? Bukan kn?! Abes tu, ape beza kita ngan diorg? Tujuan kita dijadikan lah..


Untuk ape kita hidup ni? Jawapan tu ade je dlm ‘manual hidup’ kita… jom, kita cuba fahami bersama, salami bersama, & laksanakn bersama tugas yg diberi bersama kita sejak kita diwujudkn ke dunia ni… diri saya ni pun xdela sempurna ke, ma’sum ke.. tp kerana manusia perlukn peringatan sntiasa, baik saya ingtkn diri sndri & kwn2 bersama..

mungkin repekan saya ni nmpak xde cohesion&adhesion nye, jadi tafsirlah ikut fikiran anda sndiri, kerana itulah apa yg membezakn antara sesame manusia: cara menggunakan akal yg dikurniakanNya. tapi pastikan berfikir mengikut landasan yg telah digarisi syara' ye!