seseorang ada memberi aku kata-kata ini.
4 perkara yang Terlebih Baik. Nabi SAW bersabda, ada 4 perkara yang dipandang baik tetapi terlebih baik :petikan: 1001 Feqh Nasihah.
1. Sifat malu pada lelaki adalah baik, tetapi terbaik jika sifat tersebut terdapat pada wanita.
2. Keadilan adalah sifat yang baik pada setiap orang, tetapi sifat tersebut terlebih baik jika terdapat pada seorang pemimpin.
3. Taubat seorang yang sudah tua adalah baik, tetapi taubat seorang pemuda adalah terlebih baik.
4. Derma dari seorang jutawan adalah baik, tetapi terlebih baik jika derma adalah dari seorang yang fakir.
sungguh, aku tersedar.
normal-lah untuk seorang perempuan 'terlebih' rasa malu. kami lebih banyak benda yang perlu dijaga berbanding lelaki. kan?
waAllahu a'lam.
p/s: sejak-sejak ni, kenapa kau muncul kena pada masanya? haih, malu... tenanglah hati.
Juga dari Imran bin Hushain ra, dia berkata Rasulullah SAW bersabda: Rasa malu itu tidak mendatangkan kecuali kebaikan. (HR. Bukhari dan Muslim)
ReplyDeleteaku pemalu?
ReplyDeletetu pertanyaan ke penyataan?
ReplyDelete[ok ak tahu ade tanda soal di situ, tapi berdasarkan intonasi yg aku biasa guna boleh jadi ada 2 gaya bacaan.]
kalau pertnyaan, jwpnnya, "pemalulah sket".