Wednesday 19 January 2011

Bikin tak serupa Cakap.

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah, Maha Penyayang.


setelah puas berkata tentang keburukan demi keburukan mereka,
cacat-cela mereka,
kekurangan mereka,
kau berkata,
" aku bercerita begini bukan bertujuan untuk mengaibkan mereka. aku tahu itu hanya sikap sebahagian kecil mereka. tidak semua begitu. ambillah sifat-sifat mahmudah yang menjadi pegangan mereka..."

... apakah?
berpusing habis 180degree kesimpulan daripada cerita menjela-jela sebelum ini.


kalau benar kau bermaksud mahu bercerita tentang kebaikan yang dipegang mereka, kau akan kisahkan yang baik-baik tentang mereka. kan?

kau tak perlu sentuh perkara yang tiada kaitan dengan isi sebenar yang kau maksudkan. benar kan?


then, if you speak ill of something, that just means you hate that thing.
no need to create another sentence to cover it up.
no need to lie to yourself, that just make you feel uneasy.

but then, if you really don't mean it, just remain silent.
keep it as your own thought.
do not spit it out. that may hurt others, you never know.


apabila kau sudah berkata habis buruk tentang mereka, kau fikir kesimpulan kau mampu meneutralkan atau membenarkan apa yang sudah terluah?

ya, mungkin kau benar dalam percakapanmu, tapi tahukah kau?
kalau kau bercerita keburukan pihak lain, dan pihak lain itu tidak meredhainya, hanya ada dua penjelasan:
1. kalaulah benar cerita itu, ia dikira mengumpat.
2. kalaulah palsu, fitnahlah perkiraannya.

tahukah kau kedua-duanya (mengumpat dan fitnah) tersenarai sebagai dosa besar, yang setaraf dengan zina, membunuh, dan derhaka kepada ibu bapa?
kalau sudah tahu, aku kira kau tidak faham azabnya.


yang membengangkan sebenarnya, pabila kau buat lain tapi kau cakap lain.
kau tipu orang lain satu hal, kau tipu diri sendiri pun satu hal lain.

cukuplah.
mengaku jelah.
stop denying things that're so obvious.

moga aku yang menulis ini lebih peka dengan apa yang aku buat dari apa yang orang lain buat.
waAllahu a'lam.

Sunday 2 January 2011

DIA, aku dan Pharma.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


kerana kita masih sangat lemah,

maka tak salah mengadu padaNya walau sekecil perkara.

hatta hal seperti "susahnya menghafal nama ubat-ubat ini ya Allah",
atau "ya Allah, gediknya diriku, menangis hanya kerana carry mark aku rendah".


pabila kau bergantung, berpaut, selalu berbisik dengan Dia,
walau seremeh mana halmu,
itulah yang menguatkan hatimu dan jiwamu untuk masa mendatang.

sebab kau yakin DIA ada denganmu sentiasa,
mendengar suara hatimu,
dan menolongmu di ketika yang tak kau sangka.

kerana DIA PENOLONG TERBAIK.


waAllahu a'lam.


*post pre-exam Pharma. di kala ada satu lagi lecture note utk dihabiskan. hehe. bittaufiq semua utk final exam! mari saling mendoakan!*