Saturday 20 August 2011

Mimpi01

BismillahirRahmanirRaheem


Aku selamat tiba ke rumah. Bahagianya! Atok, Nenek, keluarga MakLang dan keluarga PakTeh pun ada sama di rumah. Memang meriah makan malam kami tadi, melayan kehendak kira-kira 17+ orang serentak menjamah selera..



Semasa sahur pagi ini, aku secara tidak sengaja bergurau agak kasar dengan Nenek. Sepatah ayat Nenek, "hum, jadi hilang mood aku," membuat aku tersentap. Ah, Nenek tidak pernah berkata begitu terhadap aku, bahkan kepada siapa-siapa saja. Biasanya dia simpan sahaja dalam hati, dan tiada siapa tahu bila tersinggung jiwanya. Namun, bila aku pantas-pantas minta maaf dan buat-buat comel dengannya, mudah dia biarkan hal itu berlalu.


Aku terasa, ada sesuatu tidak kena.


Siangnya, aku berjalan-jalan di kawasan perumahan. Kononya membiasakan diri semula dengan keadaan baru Kampung Jawa, padahal baru 8 bulan ditinggalkan. Haha. Semasa menapak, terserempak dengan rakan lama, Hamzah*, di hadapan rumahnya. Berbual sebentar, katanya sebentar lagi mahu keluar bersama rakan, membeli barang. Aku bepergian, tinggalkan dia di perkarangan rumahnya. Terus berjalan.


Aih, biasanya aku tak tegur pun kawan lelaki. Pelik.


Sejak aku pulang dari Jordan, ada dua orang budak kecil, lelaki si abang dan perempuan si adik, Amin dan Amal*, suka datang singgah rumah, mahu bermain dengan aku. Rumah kami dekat-dekat saja, dan selalu mereka bermain di hadapan rumah aku. Alang-alang, aku layankanlah mereka. Sekarang, pantang melihat aku, pasti mereka mahu mengikut aku ke mana-mana. Tapi kali ini aku tahan mereka. Penat, kerana aku mahu berjalan kaki. Bahaya, kenderaan besar lalu lalang di jalan-jalan besar Kampung Jawa ini.


Eh, selalunya aku tak pandai melayan kanak-kanak.
Pelik lagi.


Penat pula bersiar-siar di kawasan sendiri. Berasa sudah jauh aku meneroka, aku berpatah balik, dengan niat mahu pulang. Terserempak semula dengan Hamzah. Dia sedang mengundurkan kereta, mahu keluar dari perkarangan rumahnya. Tapi dia tidak sedar, di belakang kereta Amal dan Amin sedang bermain.


"Hamzah, berhenti!! Anak orang nih kat belakang!" Dia nampak terkejut, menoleh ke belakang. Tapi masih keretanya dalam gear R.

"Oi, berhentilah! Hamzah, ada budak ni!" Mengikut refleks, aku berlari merangkul budak berdua yang sudah berhenti bermain. Mereka terkaku di situ.

"Hamzah, kau tak dengar ke??" Aku mula naik darah. Dia tak cuba nak tengok-tengokkan budak-budak ni pun!

Entah kenapa Hamzah kelihatan berang, bukan berasa bersalah. Dia parking semula keretanya ke dalam pagar, terburu-buru dan seperti marah. Apahal mamat ni? Kau hampir langgar anak oranglah! Tak faham ke?



Dia keluar dari kereta. "Kau ingat aku Hamzah? Bertuah budak ni!" Jegil matanya memandang aku.
Eh, bukan kau ke Hamzah?
Ah, aku teringat. Hamzah sangat menyerupai bapanya.

"Budak-budak sekarang memang...kurang ajar...?!@$%#&@$!" Dia menghentak kaki masuk ke rumah. Entah kenapa, aku mengikut. Mungkin hatiku berniat mahu meminta maaf sebab terkeliru identiti. Dengan dua-dua budak kecil tadi mengikut aku di belakang.

"Kau tahu apa? Aku ni hidup lama dah!" Dan dia sambung menghamun aku di dalam rumah.
Tapi, tadi dua nyawa ini hampir melayanglah! Aku jerit dalam hati. Pipi dan mata mula merah. Tanpa sedar air mata menitis.

"Minta maaf pakcik. Saya tak perasan. Saya ingat..." Ayat terhenti di situ. Air mata masih mengalir. Kerana malu dan marah.
Melihat aku menangis, Amal dan Amin tadi mula menangis juga. Haru jadinya. Dan pakcik tadi mula berleter tentang dua kanak-kanak ini sibuk mengendeng, mengikut aku sejak aku balik ari Jordan. Tak pasal-pasal isu budak-budak ini naik.



"Kakngah, apa jadi ni? Sudahlah, mari balik.." Terdengar suara Ibu dari belakang. Ibu dan Ayah muncul tiba-tiba. Ayah cuba berbincang secara baik dengan pakcik tadi, dan aku yang kebingungan ditarik perlahan Ibu keluar dari perkarangan rumah 'bertuah' itu. Kanak-kanak tersebut dipulangkan kepada penjaganya, dan Ibu Ayah membawa aku yang masih menangis pulang...


Sampai ke bilik aku, Ibu masih memujuk. Dan aku masih menangis.

Faham tak malunya memanggil seseorang nama yang salah tiga kali berturut??? Dan aku panggil dengan nama anaknya pulak???

Faham tak marahnya dengan orang yang memandang besar hal remeh, dan abaikan hal besar sebab ego yang melangit??? Sampai nyawa orang hampir hilang!!!

Ahhh, rasa geram masih tak sudah!



Hari ini penuh kepelikan.



"Izzati....Izzati...bangun, bangun. Kata nak sahur..."
Sayup-sayup suara Qus mendebuk gegendang telinga. Oh, pukul 4 sudah. Sila bangun dan sahur, Nur Izzati Lukmanulhakim.

*nama-nama yang disebut tiada kaitan dengan siapa-siapa yang hidup. yang sudah meninggal juga.

p/s:
1. orang kata menulis balik mimpi kita mampu menguatkan ingatan. nak cuba praktis. hehe.
2. mari berusaha habis upaya untuk Immunology hari ini! Allah yusahhilna..

2 comments:

  1. la boleh kuatkn ingtn ke,rugi x buat dulu2 hehe =)
    bese dlm tnds ingt lagi mimpi,keluar trus xingat ape -.-'

    ReplyDelete
  2. haha.


    fakta: normal manusia lupa 95% mimpinya, kecuali dia bangun dari mimpi secara terkejut, atau terus mengingati mimpi sebaik bangun tidur.

    =) NRNATION-EMPRESS

    ReplyDelete