Wednesday, 17 August 2011

Ramadhan hampir berlalu.

BismillahirRahmanirRahim.

Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” -mafhum hadis sahih riwayat Bukhari.

Terharu dengan para sahabat. Nampak sahaja Rasulullah melakukan ibadah/kebaikan, semua berlumba nak turut serta. Takde bertanya-tanya dulu kepada Rasulullah ibadah apa yang dibuat baginda. Terus redah join je. Tak ke comel tu?



Dan bukan ikut sahaja, ajak juga orang lain sama. Itu
yang menyebabkan bertambah orang hari ke hari. Terbayang gosip-gosip yang ada pada zaman sahabat dulu lebih kurang macam ni kut:
"eh semalam aku nampak Rasulullah solat begini-begini di masjid. Nak pergi tak malam ni?"
"Kau nak tahu? Semalam aku ikut Rasulullah solat 8 rakaat, didirikan camni-camni. Malam ini kau mesti pergi!"
"Aku dengar ada ibadah baru Rasulullah buat. Rugi tak ikut!"

Haha. Nak tak nak terbanding dengan gosip sekarang:

"Aku usha wall FB dia tadi. takdelah thiqah mana.""kau dah tengok MV baru Super Senior*? Biase jelah.."
"Kau kena main game nih! Rugi satu nikmat hidup kau hilang!"

Gosip zaman Rasulullah dulu, benda baik yang disebar.Gosip zaman sekarang, khabar angin kelabu asap pun jadi benda besar.
Ramadhan dah nak masuk sepertiga akhir dah. Rebutlah habis-habisan apa yang dapat! Jangan menyesal tak sudah akhirat nanti!


*nama samaran sahaja =p

No comments:

Post a Comment