Monday 30 August 2010

Alhamdulillah

Bismillah arRahman arRaheem

Alhamdulillah rabbiL 'Alameen. selamat sampai di Malaysia. walau hujan dinar di jordan itu, memang lebih baik hujan lebat negara sendiri.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

sampai juga aku ke rumah.

semasa kami (bersama 23 akhawat lain) terkapai-kapai di sebatang jalan di luar bandar Amman mencari kenderaan lain hendak ke lapangan terbang Queen Alia, sudah hampir hilang harapan kami untuk pulang.

sungguh. tak terbayang akan jadi begitu pada hari itu.
 sebaik-baik kami bertolak pukul 8.30pagi, dalam masa setengah jam selepas itu, tayar meletup. nasib baik bas tak terbabas. bas terkedek-kedek jalan. akhirnya berhenti di sebuah bengkel tepi jalan di mana entah. tayar cuba dibaiki tapi tak dapat. tak tahu ape masalah.  kata mereka, tayar tak dapat dicabut. sejam berlalu begitu sahaja.

semasa penungguan selama sejam itu, aku berdoa moga urusan kami dipermudahkan Dia. hanya Dia yang kami ada, tinggal Dia tempat kami bergantung harap. semasa doa terbayang muka Ibu dan Ayah menunggu kepulangan anak mereka dengan penuh harapan. semasa membayangkan itulah, mata mula berair (akulah yang pertama, aku mengaku).

memandangkan masalah bas tak dapat diselesai, kami hubungi coaster. dapat sampai dalam waktu sepatutnya. tapi Pakcik pemandu bas tak membenarkan kami bertukar bas. sanggup dia tutup terus tempat simpanan barang, bayar mekanik dan terus memaksa kami teruskan perjalanan, dengan basnya yang kurang setayar.

tapi tak bertahan lama. pakcik bas surrender lepas 5 minit. perjalanan tak dapat diteruskan. berhenti tepi jalan. pakcik bas menelefon bas lain, tapi tiada yang sampai. masing2 mula resah. maka makin ramai yang tumpah air matanya. dan hilang keseimbangan (kepada yang berkenaan, jgn marah ye. peristiwa ini penting untuk diimbas semula)..

akhirnya kami menahan teksi. masa itu, kami hanya berfikir, siapa yang sempat kejar penerbangan pukul 12 itu, sempatlah. masing-masing mula pasrah tapi tidak berputus asa. alhamdulillah, semua dapat sampai ke lapangan terbang.

seperti dijangka, kami terlepas penerbangan Kuwait Airways Amman ke Kuwait. tapi waktu itu, kami sudah tiada masa untuk meraung atau bergaduh dengan pakcik sekuriti di luar kaunter check-in. terus mencari tiket lain untuk mengejar penerbangan KA dari Kuwait ke Kuala Lumpur. alhamdulillah, dapat tiket Jazeera Airways, setelah hampir dua jam menahan sabar berurusan dengan staf airport yang kurang membantu.

kependekan cerita, sampai kami ke Kuwait lebih kurang jam 5.30ptg. maka terjaminlah waktu kami sampai ke Malaysia masih sama dengan perancangan seawal bulan Januari dulu. teringat kata-kata Q bukan nama sebenar semasa memujuk aku, "we'd planned this since half a year ago! we will return to our home". alhamdulillah, her words became true, tapi dengan penuh kepayahan. haha.

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

sangat penting untuk tajdidkan niat sebelum melakukan apa-apa. i think that's the true, main plan of His for all this to happen. we learned it in a very hard way.

WaAllahu a'lam.

3 comments:

  1. Ada hikmah di sebalik yang terjadi..

    Alhamdulillah,dapat sampai rumah.

    ReplyDelete
  2. siot ar die komen dulu...cidak potong line aku la..

    zati,ko kena faham.Masalah ni memberi pengalaman n mematangkan ko.Ko dah reti handle prob ni.So,kalau prob yang besar ko calm n pandai cari solution,prob yg kecik2 yg akan dtg ni no porblem je bagi ko.Jangan ko cepat gelabah cam aku kalau prob dtg.hehe...cume ko kne tau.DOA itu jln terbaik.Selagi kita berdoa n tawakkal,Allah tolong kita.Ko jangan la terus putus asa bila jalan pertama ko gagal.Ada jalan yang ke dua.

    Semoga pengalaman mematangkan diri anda.Mesti lebih puas berjumpa family dr org yg xde cabaran balek.

    p/s : time aku sms tu...ko ade kat dlm airport or ko tgh nanges??

    ReplyDelete
  3. @cidak: betul. sgt besyukur dh smpai umah.

    @13: iye, faham dah. time tu di airport.

    ReplyDelete