Saturday, 16 October 2010

LvsP

Bismillah arRahman arRaheem

[macam mengundang kontroversi post ini. oleh itu, kalau pada pandangan kedua aku ia lebih banyak mendatangkan mudarat, akan kupadam karangan ini.]

selama ini aku suka berfikir, fikiranku sepertimana lelaki berfikir. bagiku lelaki ini hebat. akalnya 9 daripada 10 bahagian. cara berfikir mereka unik. maka aku suka untuk cuba berfikir sebagaimana mereka. malah lagakku (ketika di luar) cuba tidak menunjukkan unsur kesenian seorang perempuan. dan aku berbangga begitu. dahulu.

belakangan ini, baru aku sedar, dalam aku cuba berfikir seperti seorang lelaki, masih berminda wanita aku ini. masih tidak dapat berfikiran luas seperti mereka. masih lain perspektif pandangan aku dari mereka. maka keadaan aku bagai seorang yang sedang nyenyak kemudian ditarik bantalnya.

aku terima kenyataan kini.
lelaki memang gah, perempuan memang lemah. dan aku seorang perempuan.

namun, segagah-gagah mereka, perempuan juga yang membuat mereka rapuh. selemah-lemah perempuan, lahir seorang lelaki dari rahimnya juga. ah, maka taraf dua bangsa ini masih sama!

jadi, lelaki, terimalah keadaan kami yang lemah ini. bersabarlah dengan kerenah kami yang entah apa-apa ini kerana itu kau dapat lebih bahagian akal daripada kami. dengan panduan Allah kepadamu, gunakan akalmu semaksimanya. unikmu jangan dipersia.

jadi, perempuan, bantulah sang lelaki dengan mengawal dirimu. jika kau salah guna kewanitaanmu, jatuhlah lelaki yang sepatutnya melindungimu. kau senjata bahaya dan juga pemilik kasih bahagia. Allah lebih mendengarkan hatimu kerana kapasiti cintamu lebih dari sang lelaki. sungguh kau istimewa, duhai perempuan.

dua jantina berbeza anatomi, lain fizikal tapi sama tujuan, sama Pencipta.
ya Tuhan, sungguh kau Maha Bijaksana. sempurnanya lelaki tapi sepi tanpa perempuan. kekurangan perempuan Kau cipta supaya dia bergantung pada lelaki.

tidak megah seorang lelaki tanpa perempuan di sisi.

Friday, 15 October 2010

"belajar elok-elok. jangan jadi macam abang ni."

Bismillah arRahman arRaheem

aku tak tahulah apa yang tertulis kat muka aku masa zaman sekolah dulu.
tapi orang yang tak disangka-sangka bahkan tak dikenali selalu bagi nasihat kepadaku.

pernah sekali aku pergi ke pasar pagi membeli sayur (agaknya?), penjual sayur itu tiba-tiba bertanya,
"adik darjah berapa?"
"darjah enam."
"belajar rajin-rajin ye dik~ jangan main-main."
"terima kasih."
dialog di atas mungkin telah di-auta, tapi isi pentingnya ialah, belajarlah bersungguh-sungguh. yang buat aku rasa peliknya, aku tak kenal pun pakcik tu, dan sebaliknya. kenapa dia bagi nasihat begitu tiba-tiba ye?

kali kedua, semasa aku sekolah menengah. tak ingat tingkatan berapa, tapi antara tingkatan 3 atau 5. situasi: aku membeli ayam di Pasaraya Kampung Jawa (sudah tidak wujud sekarang). watak: pemotong ayam berusia 20-an.
"ayam ni potong biasa?"
"haah."
...
"sekolah menengah ke?"
"haah."
"tingkatan berapa?"
"3/5."
"oh, tahun ni periksa la."
...
sambil beri ayam yang siap dipotong,
"belajar elok-elok ye dik. jangan jadi macam abang ni."
"insyaAllah. time kasih." aku berlalu sambil berfikir.

dan aku ingat masih ada beberapa insiden lebih kurang begitu.

ya, aku faham apa yang mereka cuba sampaikan. belajar sungguh-sungguh, jangan menyesal kemudian. pabila aku mula faham tarbiyah islami, aku nampak insiden ini sebagai wasilah untuk Allah memberi nasihat kepadaku. memang Allah beri mereka ilham untuk memberi ingatan bermakna itu kepadaku. aku tak tahulah orang lain pun punya kejadian yang sama atau tidak.

tapi sebagai manusia, aku masih berfikir. apa yang mereka nampak pada aku sehingga mereka memberi nasihat sebegitu?

waAllahu a'lam.

Saturday, 9 October 2010

Allah!

im tired of being so timid.
being caged in this small space i create myself.

only me, myself can free meself.
but then, my strength is fading.
ugh, really pissed off.

Allah please help me!
help me revive the strength that You give me once before!
im nothing without Your attention, ya Illahi!


gambar ehsan http://khairatul-huwaina.blogspot.com/.

Monday, 4 October 2010

kebodohanAku

Bismillah arRahman arRaheem

hari yang menarik. macam-macam yang aku sedar.

dun judge da book by its cover
maka aku dah memahami kata-kata sape entah ini.
walaupun mukanya nampak annoying, tak semestinya dia begitu. Nana memang terbaik, aku sangat suka jiwanya yang lain-dari-yang-lain itu.

selama ini aku fikir aku dengan Nana takkan boleh ngam baik. salah sama banyak kali. respek dengan keterbukaan Nana.

ya, aku tahu Nana Hot yang Manis itu tak baca pun blog aku yang boring ni. tapi aku nak declare jugak. aku suka lah kau Nana. haha.

...........

pertama kali aku berguling-guling di hallway ruang tamu. menggelakkan diri sendiri.

ceritanya begini. petang tadi, sedang-sedang aku bersama CoumpQ, ada notis di kanan bawah skrin memberitahu Lukmanulhakim bin Ahmad sedang online. kerana rindu yang amat, aku
pun mula skype-ing dengannya.

microfon CoumpQ tiba-tiba takleh guna. maka aku meminta earphone dari iza (mungkin nama sebenar). tapi, tak kedengaran suara Ayah.

"Ayah, kakngah tak dengar suara ayah?!" tapi Ayah dengar suara aku. apa masalah? aku pun mula cari-cari punca masalah. aku agak yakin ade masalah dengan soundcard atau softwarenya, sebelum ni pun pernah ada masalah sama.

setup balik. install semula. configure apa-apa yang patut. haih, tiba-tiba CoumpQ berkata, "IDT audio controller cannot be installed because the hardware does not match (?)." lebih kurang la. hah? apahal pulak? selama ni mashil hal je?

mula pening. berkali-kali fikir, apa masalahnya? masalah mula bila aku sambungkan earphone yang aku bagi pinjam iza sebelum ni. aik, device gitu leh kena virus ke? aku try guna speaker CoumpQ sendiri, pun tak keluar bunyi. apakah?

batal skype dengan Ayah. cube cari punca problem. CoumpQ punya Device Manager kata "all device are working properly.". ceit, apa kes ni?

dua jam cari penyelesaian. buntu semua. grrr, geram sungguh. aku fikir, pekak dan bisu CoumpQ lepas ni, kalau terus camni. berkali-kali install semula, dekat lebih 10 kali aku restart CoumpQ. sama jugak. ah, apa dah jadi ni???!!!

sangat bengang. shut down-kan CoumpQ, dan aku pun tidur. hampeh sungguh. rasa tak nak on dah CoumpQ. tak sanggup tengok dia dalam keadaan pekak dan bisu begitu. sedih dan kecewa. sebab tak tahu pucuk pangkal masalah dia. walaupun aku pelajar perubatan, tak tahu nak rawat dia macam mana, sebab kami lain spesies. haih~

malam ni, aku tekad on balik. tak tahan rindu pada CoumpQ membuak-buak. harap-harap setelah dia berehat lama sikit, eloklah dia.

eh, bersuara balik dia! ajaib sungguh! bersyukur aku dia kembali seperti asal, suara dia keluar dengan lancar dari speakernya sendiri. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dirinya ok.

ok, masa untuk try guna headphone. ok, kuar bunyi.
try guna earphone bertuah tu pulak. eh, takde bunyi. sah, earphone tu masalah. tapi iza guna ok pulak? huh, memang earphone ni dah berpaling tadah dari aku. dah tak kenal tuan sendiri. nak mengendeng dengan iza jela tu. tahulah aku ni kurang comel sikit dari iza. hah, nak sangat bertuankan iza tu, pergilah pada dia. aku tak kesah.

"iza, nah. kite dah taknak la earphone ni. dekat komputer kite takleh pakai pulak. iza pakai ok je kan? amiklah." tolong abaikan 'kite' tersebut.
muka iza kepelikan. maka dia try kat lappynya. eh, dekat lappynya pun takde bunyi. iza pun mula memutar volume adjuster earphone tersebut. kami berpandangan 2 saat, sebelum aku berguling-guling.

dah, aku taknak tarik balik kata-kata aku. maka earphone itu jadi milik iza sekarang.

headphone terkini aku. mahu namakan Jeez.
bekas earphone 'bertuah' aku. tak mahu bagi nama. biar iza yg bagi.
CoumpQ kesayangan. kau tahu aku sayang kamu kan?

pengajaran: tanpa ilham dari Allah, betapa bodohnya aku, dan sesiapa sahaja. tak kisahla dia deanlist ke tak.

WaAllahu a'lam.

Thursday, 23 September 2010

khas untuk Rimau dan Tiger

Bismillah arRahman arRaheem

malam ni aku dah nak balik jordan dah. Rimau*, Tiger*, tak mau ucap selamat ke kat aku?

sumer kawan-kawan batch korang memang dah tak kenal aku. abang korang, Neotwo* pun sama. mentang-mentang masa korang lahir aku takde. nasib baik Aizat cerita. korang anak Vanilla* rupenya. tapi tak sama pulak muka ngan mak korang. dapat gen ayah koranglah tu.

tak tahulah korang sempat tak jumpa Neo*, abang Vanilla? sekarang dah hilangkan diri dia. merajuk dia agaknya, sebab kene halau bapaknya Oren*, tak balik-balik dah sini. aku tak sempat nak tengok Neo (nama ICnya Neopolitan) dewasa. comel dia kecik-kecik dulu. yang peliknya, Neotwo dapat pulak muka pakciknya tu. lagi hensem pulak tu. nasib baik tak besar lagi. nanti mesti ramai nak ngurat dia. muka jambulah katakan.

nenek korang setia duduk sini, Ked* tu. Ked dengan abang dia, sapa ke namanye, Pert* (sebutnya macam 'bird'), dulu membesar sama aku. camne korang nampak Ked sekarang, gitulah dia dulu. garang semacam. tak pernah nak bermesra dengan orang lain. muka stone gitu je. tapi makan pelahap. Pert pun same. tapi dah besar sikit, berhijrah dia. cari rezeki tempat lain. merantau. laki, begitulah. Pert ngan Ked masa kecik-kecik muka sama sungguh, susah nak beza. nasib baik jantina lain-lain. tahu jugaklah nak bezakan.

kenal tak korang ngan moyang korang? nama dia Stripe*. Ked sebijik serupa Stripe, cuma warna lain sikit. dulu Stripe tinggal dengan adik-beradik dia kat sini. kakak sulung, Mix*. garang. Ked belajar dari Mix ni la kut. mata tajam. kakak kedua, Choc*. cantik dia ni. jadi rebutan. baik pun baik, lemah-lembut je. manja-manja sket. memang cair la tgk dia. tapi bila dia dah makin tua, mulut dia jadi sumbing. tak tahulah kenapa. sian. anak-anak takde, semua pindah tempat lain. tak balik pun jenguk Choc. tak tahulah macam mana Choc sekarang... Stripe tu bongsu. manja. tapi kedekut. tamak sket. nak dia je lebih bile bab makan. nyampah.

huh, panjang aku cerita, korang mesti tak kenal pun. takpelah.. berapa generasi dah korang ni pun. aku ni pemerhati jarak dekat je.

oh, bile tengok balik, bulu-bulu korang yang kembang ni dapat gene Choc ke? jauh tu kaitannya, moyang sedara. ke sebenarnya korang cucu Choc, bukan Stripe? entah, rumit jugak salasilah korang nii.

dah la. tahun depan aku balik, entah korang masih di sini atau tak. maka aku buat post ini khas untuk korang. bye bye, Rimau+Tiger!

arah jam dari atas: Neotwo, Rimau, Tiger.

Vanilla. si Ibu mithali.

nape tunjuk b*nt*t, Rimau? mentang-mentang tak baligh lagi..

nota tambah bawah: nama bertanda * ialah nama kucing.

Wednesday, 22 September 2010

Berbungkus-bungkusan

Bismillah arRahman arRaheem

dah nak kene balik Irbid esok.
perkataan 'kene' tu perlu disebut, sebab tak berapa nak rela.

hua~

dalam aku tak semangat nak balik, maka aku tak berapa nak kesah bungkus-bungkus (packing) barang.

maka kedua, Ibu ngan Ayah yg kemaskan barang aku. susun-susunkan. padat-padatkan. seletep-seletepkan. aku jadi watak sampingan je. sayang mereka sungguh pada aku.

sayang mereka bukan maknanya tak bagi aku balik dah jordan. sayang mereka, suruh aku habiskan belajar dengan kadar paling cepat (insyaAllah 5 tahun lagi) dengan cemerlang.

heee, AKU PUN SAYANG MEREKA SANGAT-SANGAT.

maka ketiga, aku pun mengedik-gedik ngan Ibu dua tiga hari ni. nak makan Mamee Slrrpp! cawan, keropok lekor, kerepek pisang, Roller Coaster rasa keju, nak minum Vitagen, air gas warna hijau... apa lagi entah? sampai aku pun tak ingat. yang aku tak sangka sungguh, iye-iye Ibu melayan aku. ada sekali tu aku teragak-agak nak makan kat satu tempat ni (sebab agak mahal), Ibu kata "nak makan jomlah, karang kat sana teringin~". oh, itu sebabnye rupanya. Ibu dah membayangkan betapa aku teringin makanan-makanan ini nanti. maka keempat, aku pun tak makan kat tempat tu. haha. berjaya aku memujuk Ibu jangan melayan gedik berlebih-lebihan aku ni.

haih, seteruk-teruk malaysia ni, aku sangat hargai makanannya yang melimpah-ruah. malah, aku lagi hargai kasih sayang Ibu dan Ayah yang semacam tak bertepi. walaupun tentulah tak terbanding dengan sayangnya Dia dan rasulNya pada aku (aku bukan perasan seorang. anda semua pun disayangi Dia dan rasulNya juga). tapi ni'mat yang satu ini amat berharga..

sekali lagi. KAKNGAH SANGAT SAYANG IBU DAN AYAH. MUNGKIN TAK NAMPAK DI MATA, TAPI WUJUD DI HATI INI.

tapi tak gunalah kalau ada dalam hati saja, tak diluahkan kerana sifat manusia tak tahu apa dalam hati.

maka kelima, AKU BERJANJI UNTUK BUAT LEBIH BAIK UNTUK TAHUN DUA INI. LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN SATU YANG ENTAH APA-APA.
aku jarang berjanji. sebab takut tak tertunai. maka keenam, bila aku berjanji begini, aku perlu laksanakan.

maka ketujuh, BANTULAH AKU, anda-anda yang di sekeliling aku. aku lemah tanpa korang, sejujurnya.

SAYANG ANDA JUGA. BERSAMA KE SYURGA, INSYAALLAH.

Allahu a'lam.

Sunday, 5 September 2010

KakNgah sayang Nadia.

Bismillah arRahman arRaheem

sekarang, Ayah tugaskan aku jadi mentor adik-yg-nk-SPM, KakLang aka Nadia. Matematik Tambahan ngan Physics die tak bape nak terbaik.

strategi belajarnya tak berapa efisien. maka, tadi kami luahkan perkara yg kami nampak xsepatutnye die buat tapi masih die buat dalam masa kurang dua bulan lagi nak menghadapi SPM.

keluarga kami bila memberi nasihat, memang tak ade belas kasihan. semua beri komen jujur dan perkataan yg digunakan jenis yg terus sampai ke hati, positif dan negatif. tapi tadi kbyknnya negatif untuk dia.

ya, nampak macam tak membantu pun. mungkin sedikit terasa dengan komen kami, dia tidur awal malam ni. merajuk kut, tapi sebab perbuatan merajuk diharamkan dalam keluarga kami, dia tidur dulu. memang itu cara terbaik untuk hilangkan kebengangan dalam hati setelah diberi pesanan/leteran panjang tadi.

aku faham reaksi dia. aku pun begitu dulu.

biarlah. bila dia matang sikit nanti, dia akan faham kenapa waktu remaja selalu diselangi leteran, bebelan, pesanan Ibu dan Ayah. yang selalunya tak menyebelahi pemikiran remaja kita.

biarlah. aku pun begitu dulu. lama-lama fahamlah dia. aku mula faham sekarang.

"Ya Allah, mudahkanlah urusan kami. dan janganlah Kau sukarkan kerja kami. dengan rahmatMu ya Allah, Tuhan sekalian alam."

KakNgah sayang Nadia, Nadia tahu kan?

WaAllahu a'lam.