Saturday, 23 October 2010

Liku-liku by Brothers

penuh liku
jalan kulalui penuh tipu
kaburi pandanganku jadi lesu
pulangku kembali kepadaMu
biarpun payah kan kugagahi langkah
dan berserah pada cahaya
rinduku padaMu

lautan darah kuharunginya penuh derita
kuhanya manusia biasa
punyai rasa dan punya harga
biarpun payah kan kugagahi langkah
dan berserah pada cahaya
rinduku padaMu

bersama duka kan hadir suka
dan pada derita ada penawarnya
di dalam lena mungkinku terlupa
bila terjaga kurindu padaMu

sejernih embun pagi
cita tersemat di hati
ku tak lagi mencari
yang hampir hanya ilusi

bila cahayanya sebati
budaya pun mewangi
kau tak lagi ternanti dan hidup dalam sepi

rinduku padaMu

bersama duka kan hadir suka
pada derita ada penawarnya
di dalam lena mungkinku terlupa
bila terjaga kurindu padaMu

sejernih embun pagi
cita tersemat di hati
ku tak lagi mencari
yang hampir hanya ilusi

bila cahayanya sebati
budaya pun mewangi
kau tak lagi ternanti dan hidup dalam sepi

penuh liku
jalan kulalui penuh tipu
kaburi pandanganku jadi lesu
pulangku kembali kepadaMu, biarpun payah...

p/s: nasyid kesukaan sekian lama. lirik mungkin sukar difahami, tapi amat kena dengan hati~ haih, masa lalu~

Tuesday, 19 October 2010

-tak-tahu-hendak-tajukkan-apa-

Bismillah arRahman arRaheem

petikan dari tafseer Fi Zilal, surah Al-Ma'un.

"Hakikat mempercayai agama bukannya kata-kata yang dituturkan lisan, tetapi ialah suatu perubahan dalam hati yang mendorong seseorang berbuat kebaikan kepada saudara sesama manusia yang memerlukan pemeliharaan dan naungan. Allah tidak menghendaki kata-kata dari manusia, tetapi Allah mahukan tindakan-tindakan yang mengotakan kata-kata mereka. tanpa tindakan, kata-kata itu kosong sahaja, tidak mempunyai sebarang nilai di sisi Allah."

senang katanya, tak guna kalau selalu berkata 'aku nak berubah, aku mahu berubah', tapi tak buat apa-apa untuk menunjukkan kita bersungguh untuk berubah. sekadar omong kosong (ceh! aku guna 'omong'!).

niat kena kuat, amal biar sikit dan berterusan. memang susah nak berubah ke arah kebaikan, tapi tentu sahaja orang-orang yang kita nampak alim, thiqah, berakhlak mulia ini, lebih besar cabaran mereka untuk sentiasa istiqamah dalam perbuatan mereka. sangat tabik laju-laju mereka-mereka ini.

iman manusia hakikatnya bertambah dan berkurang.
aku sedang mengumpul momentum sekarang.

Allahu a'lam.

Saturday, 16 October 2010

LvsP

Bismillah arRahman arRaheem

[macam mengundang kontroversi post ini. oleh itu, kalau pada pandangan kedua aku ia lebih banyak mendatangkan mudarat, akan kupadam karangan ini.]

selama ini aku suka berfikir, fikiranku sepertimana lelaki berfikir. bagiku lelaki ini hebat. akalnya 9 daripada 10 bahagian. cara berfikir mereka unik. maka aku suka untuk cuba berfikir sebagaimana mereka. malah lagakku (ketika di luar) cuba tidak menunjukkan unsur kesenian seorang perempuan. dan aku berbangga begitu. dahulu.

belakangan ini, baru aku sedar, dalam aku cuba berfikir seperti seorang lelaki, masih berminda wanita aku ini. masih tidak dapat berfikiran luas seperti mereka. masih lain perspektif pandangan aku dari mereka. maka keadaan aku bagai seorang yang sedang nyenyak kemudian ditarik bantalnya.

aku terima kenyataan kini.
lelaki memang gah, perempuan memang lemah. dan aku seorang perempuan.

namun, segagah-gagah mereka, perempuan juga yang membuat mereka rapuh. selemah-lemah perempuan, lahir seorang lelaki dari rahimnya juga. ah, maka taraf dua bangsa ini masih sama!

jadi, lelaki, terimalah keadaan kami yang lemah ini. bersabarlah dengan kerenah kami yang entah apa-apa ini kerana itu kau dapat lebih bahagian akal daripada kami. dengan panduan Allah kepadamu, gunakan akalmu semaksimanya. unikmu jangan dipersia.

jadi, perempuan, bantulah sang lelaki dengan mengawal dirimu. jika kau salah guna kewanitaanmu, jatuhlah lelaki yang sepatutnya melindungimu. kau senjata bahaya dan juga pemilik kasih bahagia. Allah lebih mendengarkan hatimu kerana kapasiti cintamu lebih dari sang lelaki. sungguh kau istimewa, duhai perempuan.

dua jantina berbeza anatomi, lain fizikal tapi sama tujuan, sama Pencipta.
ya Tuhan, sungguh kau Maha Bijaksana. sempurnanya lelaki tapi sepi tanpa perempuan. kekurangan perempuan Kau cipta supaya dia bergantung pada lelaki.

tidak megah seorang lelaki tanpa perempuan di sisi.

Friday, 15 October 2010

"belajar elok-elok. jangan jadi macam abang ni."

Bismillah arRahman arRaheem

aku tak tahulah apa yang tertulis kat muka aku masa zaman sekolah dulu.
tapi orang yang tak disangka-sangka bahkan tak dikenali selalu bagi nasihat kepadaku.

pernah sekali aku pergi ke pasar pagi membeli sayur (agaknya?), penjual sayur itu tiba-tiba bertanya,
"adik darjah berapa?"
"darjah enam."
"belajar rajin-rajin ye dik~ jangan main-main."
"terima kasih."
dialog di atas mungkin telah di-auta, tapi isi pentingnya ialah, belajarlah bersungguh-sungguh. yang buat aku rasa peliknya, aku tak kenal pun pakcik tu, dan sebaliknya. kenapa dia bagi nasihat begitu tiba-tiba ye?

kali kedua, semasa aku sekolah menengah. tak ingat tingkatan berapa, tapi antara tingkatan 3 atau 5. situasi: aku membeli ayam di Pasaraya Kampung Jawa (sudah tidak wujud sekarang). watak: pemotong ayam berusia 20-an.
"ayam ni potong biasa?"
"haah."
...
"sekolah menengah ke?"
"haah."
"tingkatan berapa?"
"3/5."
"oh, tahun ni periksa la."
...
sambil beri ayam yang siap dipotong,
"belajar elok-elok ye dik. jangan jadi macam abang ni."
"insyaAllah. time kasih." aku berlalu sambil berfikir.

dan aku ingat masih ada beberapa insiden lebih kurang begitu.

ya, aku faham apa yang mereka cuba sampaikan. belajar sungguh-sungguh, jangan menyesal kemudian. pabila aku mula faham tarbiyah islami, aku nampak insiden ini sebagai wasilah untuk Allah memberi nasihat kepadaku. memang Allah beri mereka ilham untuk memberi ingatan bermakna itu kepadaku. aku tak tahulah orang lain pun punya kejadian yang sama atau tidak.

tapi sebagai manusia, aku masih berfikir. apa yang mereka nampak pada aku sehingga mereka memberi nasihat sebegitu?

waAllahu a'lam.

Saturday, 9 October 2010

Allah!

im tired of being so timid.
being caged in this small space i create myself.

only me, myself can free meself.
but then, my strength is fading.
ugh, really pissed off.

Allah please help me!
help me revive the strength that You give me once before!
im nothing without Your attention, ya Illahi!


gambar ehsan http://khairatul-huwaina.blogspot.com/.

Monday, 4 October 2010

kebodohanAku

Bismillah arRahman arRaheem

hari yang menarik. macam-macam yang aku sedar.

dun judge da book by its cover
maka aku dah memahami kata-kata sape entah ini.
walaupun mukanya nampak annoying, tak semestinya dia begitu. Nana memang terbaik, aku sangat suka jiwanya yang lain-dari-yang-lain itu.

selama ini aku fikir aku dengan Nana takkan boleh ngam baik. salah sama banyak kali. respek dengan keterbukaan Nana.

ya, aku tahu Nana Hot yang Manis itu tak baca pun blog aku yang boring ni. tapi aku nak declare jugak. aku suka lah kau Nana. haha.

...........

pertama kali aku berguling-guling di hallway ruang tamu. menggelakkan diri sendiri.

ceritanya begini. petang tadi, sedang-sedang aku bersama CoumpQ, ada notis di kanan bawah skrin memberitahu Lukmanulhakim bin Ahmad sedang online. kerana rindu yang amat, aku
pun mula skype-ing dengannya.

microfon CoumpQ tiba-tiba takleh guna. maka aku meminta earphone dari iza (mungkin nama sebenar). tapi, tak kedengaran suara Ayah.

"Ayah, kakngah tak dengar suara ayah?!" tapi Ayah dengar suara aku. apa masalah? aku pun mula cari-cari punca masalah. aku agak yakin ade masalah dengan soundcard atau softwarenya, sebelum ni pun pernah ada masalah sama.

setup balik. install semula. configure apa-apa yang patut. haih, tiba-tiba CoumpQ berkata, "IDT audio controller cannot be installed because the hardware does not match (?)." lebih kurang la. hah? apahal pulak? selama ni mashil hal je?

mula pening. berkali-kali fikir, apa masalahnya? masalah mula bila aku sambungkan earphone yang aku bagi pinjam iza sebelum ni. aik, device gitu leh kena virus ke? aku try guna speaker CoumpQ sendiri, pun tak keluar bunyi. apakah?

batal skype dengan Ayah. cube cari punca problem. CoumpQ punya Device Manager kata "all device are working properly.". ceit, apa kes ni?

dua jam cari penyelesaian. buntu semua. grrr, geram sungguh. aku fikir, pekak dan bisu CoumpQ lepas ni, kalau terus camni. berkali-kali install semula, dekat lebih 10 kali aku restart CoumpQ. sama jugak. ah, apa dah jadi ni???!!!

sangat bengang. shut down-kan CoumpQ, dan aku pun tidur. hampeh sungguh. rasa tak nak on dah CoumpQ. tak sanggup tengok dia dalam keadaan pekak dan bisu begitu. sedih dan kecewa. sebab tak tahu pucuk pangkal masalah dia. walaupun aku pelajar perubatan, tak tahu nak rawat dia macam mana, sebab kami lain spesies. haih~

malam ni, aku tekad on balik. tak tahan rindu pada CoumpQ membuak-buak. harap-harap setelah dia berehat lama sikit, eloklah dia.

eh, bersuara balik dia! ajaib sungguh! bersyukur aku dia kembali seperti asal, suara dia keluar dengan lancar dari speakernya sendiri. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dirinya ok.

ok, masa untuk try guna headphone. ok, kuar bunyi.
try guna earphone bertuah tu pulak. eh, takde bunyi. sah, earphone tu masalah. tapi iza guna ok pulak? huh, memang earphone ni dah berpaling tadah dari aku. dah tak kenal tuan sendiri. nak mengendeng dengan iza jela tu. tahulah aku ni kurang comel sikit dari iza. hah, nak sangat bertuankan iza tu, pergilah pada dia. aku tak kesah.

"iza, nah. kite dah taknak la earphone ni. dekat komputer kite takleh pakai pulak. iza pakai ok je kan? amiklah." tolong abaikan 'kite' tersebut.
muka iza kepelikan. maka dia try kat lappynya. eh, dekat lappynya pun takde bunyi. iza pun mula memutar volume adjuster earphone tersebut. kami berpandangan 2 saat, sebelum aku berguling-guling.

dah, aku taknak tarik balik kata-kata aku. maka earphone itu jadi milik iza sekarang.

headphone terkini aku. mahu namakan Jeez.
bekas earphone 'bertuah' aku. tak mahu bagi nama. biar iza yg bagi.
CoumpQ kesayangan. kau tahu aku sayang kamu kan?

pengajaran: tanpa ilham dari Allah, betapa bodohnya aku, dan sesiapa sahaja. tak kisahla dia deanlist ke tak.

WaAllahu a'lam.