Thursday, 12 July 2012

mujahadah

Bismillah.



soalan minggu ini: "Apa mujahadah terbesar sekarang ya?"


terkesima dua minit.
seminit pertama berfikir, jarang aku nampak ujian-ujian untuk mujahadah yang Dia bagi sebagai satu halangan yang perlu aku 'lulus'kan, supaya aku boleh maju ke hadapan.

minit kedua aku fikir, "alamak. banyaknya godaan yang aku tak terlawan" i.e. sangat kurang sifat mujahadah aku. kebanyakan bisikan jahat yang datang aku raikan, tiada pun yang aku tolak masak-masak, apatah lagi tolak mentah. errr -.-''


macam mana iman mahu terbina? hati hanya boleh diisi salah satu dari Haq atau Thagut. tidak akan boleh dua-dua mengisi hati yang satu.


kata-kata seorang alim, "sakitnya disiplin lebih baik dari sakitnya sesalan".



lawanlah. teruskan mujahadahmu. Dia sentiasa memahami susahnya untuk lari dari Thagut yang kamu biasa itu.

(credit of the pix to the owner)


waAllahu a3lam.