Friday, 15 July 2011

Islam tak cukuplah dengan rukun Islam je!

Bismillah.

Baru-baru ini mengulang Hadis 3 (dari kitab Syarah Hadith 40 Imam Nawawi). Setelah mendapat sedikit pencerahan dari seorang ustaz, maka baru timbul kesedaran.

Mana cukup islam ni, weh, kalau setakat settle Rukun Islam tuh je!

Apa, tak percaya?

Mari kita selongkar sket, cuba faham dalam-dalam hadis ini.

Daripada Abdul Rahman Abdullah bin Umar bin al-Khattab R.A. katanya: "Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: "Dibina Islam itu atas 5 perkara; persaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji di Baitul Haram dan berpuasa di bulan Ramadhan." (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

"..dibina Islam atas 5 perkara.."

kalau mengikut pemikiran biasa, orang akan faham: Islam itu ialah apabila..

  1. syahadah;
  2. solat 5 waktu;
  3. bayar zakat;
  4. haji;
  5. berpuasa.
tapi ayat Rasulullah bukanlah "Islam itu sempurna apabila...", tapi "Islam dibina atas..".

agak-agak nampak tak?


kita selalu cakap rukun islam itu ialah 5 tiang agama. betullah.

soalan: sebuah bangunan dipanggil bangunan ke kalau sekadar ada tiang?


tiang memanglah asas. sepertiga masa satu-satu pembinaan habis kat menggali cerucuk kut. tapi bina cerucuk besi tak cukup menjadikan sebuah bangunan. faham dah?


sebuah bangunan islam tak cukup sempurna hanya dengan beribadah wajib yang lima itu (5 rukun islam itu semua berbentuk ibadah).

bangunan islam mesti dilengkapi sistem. sistem syariah, muamalah, akhlak, kewangan dll. merangkumi semua~~ itu, barulah namanya islam yang syumul.


ustaz yang memberi pencerahan itu bertanya lagi,

"bila orang pandang sebuah rumah, orang pandang pada tiangnya kah? atau binaannya?"

terkesima balik.


padanlah orang bukan islam (yang tidak kisah) pandang enteng je islam yang kita pegang sekarang ini.

sebab dari dulu nampak tiang je, tak naik-naik pun binaannya? serupalah dengan bangunan terbengkalai.


oh jangan lupa bumbung ya. binaan islam perlu diatap. karang ribut lalu, hujan batu siapa nak lindung?

islam ini dibumbungi da'wah dan jihad. da'wah itu untuk kelangsungan islam dari dalam, dan jihad itu untuk memastikan survival islam dari ancaman luar.

okeh, lets summarize all these words.

okeh ni serius tak tahu pattern rumah apa. anggaplah ini rumah tinggi negeri sembilan.


haa, barulah comel binaan islam kita. lengkap semua.

islam kesemuanya - akidah, ibadah, akhlak - baru layak dipanggil muslim.

waAllahu a3lam. =)